Selepas lapan bulan berbincang, usaha Umno untuk berbincang ke arah
perpaduan dengan Pakatan gagal menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak (gambar) kini terdedah kepada pemberontakan daripada
kalangan Umno sendiri, lapor The Edge Review.
Mingguan online dalam laporannya bertajuk "When talk fails" (Bila
perbincangan gagal) melaporkan, Najib gagal meyakinkan pimpinan
tertinggi Umno untuk mewujudkan perpaduan dengan Pakatan pimpinan Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
"Perbincangan itu… telah digunakan sebagai senjata untuk Najib
menghadapi musuhnya di dalam partinya sendiri," katanya."Perbincangan
itu tidak pergi ke mana-mana kerana pandangan umumnya Umno tidak pernah
jujur," kata rakan karib Anwar yang terlibat dalam perbincangan sulit
berkenaan kepada mingguan itu.
Najib telah menggunakan perbincangan itu untuk membentuk kerajaan
perpaduan selepas pencapaian buruk BN dalam pilihan raya umum
lalu.Pengundi telah memberikan undi popular kepada Pakatan dalam pilihan
raya umum lalu, memberikan mesej mereka sudah bosan dengan cara BN
mentadbir negara.
Isu yang utama adalah rasuah yang melampau dalam sektor awam dari
pegawai rendah sehingga kepada pemimpin politik.Perbincangan perpaduan
yang diketuai Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi pihak kerajaan telah
membawa beliau kepada pemimpin pembangkang termasuk dari PAS.
Bagaimanapun, sesetengah pihak dalam Umno tidak berminat dengan
laporannya dan meningkatkan serangan ke atas Najib, lapor mingguan
itu.Serangan berterusan ke atas Najib juga tidak dipertahankan oleh
rakan-rakannya dalam Kabinet.
"Hanya sedikit sahaja keraguan bahawa Najib berada di kedudukan paling
lemah dari segi politiknya dan sebahagian besar dari masalah berpunca
dari dirinya sendiri," kata seorang ahli perniagaan yang rapat dengan
Najib sebagaimana dilaporkan The Edge Review.
Dalam menghadapi kedua-dua musuh iaitu pembangkang dan pihak dalam Umno
sendiri, mingguan itu menyifatkan keputusan Najib sebagai "strategi
risiko tinggi untuk hadapi krisis" dalam kepimpinan.
Tetapi selepas lapan bulan ke sana ke mari, pembangkang akhirnya letih
dengan cakap-cakap Najib untuk membentuk kerajaan perpaduan."Berdasarkan
pengalaman lalu, ia adalah silap.
Anwar menyertai perbincangan ini atas keyakinan ia boleh membawa agenda
pembaharuan," lapor mingguan itu berdasarkan kenyataan seorang pemimpin
pembangkang.Bagaimanapun, kata The Edge Review, rundingan berpanjangan
Najib ini tidaklah sia-sia.
Perdana menteri sentiasa saja meniupkan berita perbincangan setiap kali
berlakunya krisis kepimpinan, termasuk ketika kemungkinan kepimpinan
beliau tercabar misalnya menjelang pembentangan Bajet 2014 Oktober
lalu.Bagaimana mingguan ini berkata, taktik Najib kali ini tidak akan
berjaya lagi.
Ia termasuklah kerana kekurangan sokongan kepada Najib dari kerajaannya
sendiri dan juga meningkatnya kemarahan awam terhadap kepimpinan beliau,
kata The Edge Review, lebih-lebih lagi apabila banyak janji menjelang
pilihan raya yang tidak tertunai dan kelemahan pengurusan telah
menyusahkan Najib.
Artikel itu juga memetik kenyataan Ibrahim Sufian dari Merdeka Center
yang berkata,"Pada masa ini, dia kelihatan lumpuh tanpa sebarang
tindakan terhadap kesemua isu panas. Beliau sepatutnya berbesar hati
bahawa dia memenangi pilihan raya umum dan kepimpinan parti.
Dia sepatutnya memenuhi mandat yang diterima itu".Mingguan itu memetik
Ibrahim yang mencadangkan supaya Najib turun menerangkan kepada rakyat
kedudukan kewangan negara dan penyelesaian yang diperlukan untuk
meneguhkan ekonomi negara.
Beliau berkata, Najib juga patut memimpin melalui tauladan misalnya
dengan memotong gaji anggota Kabinet termasuk dirinya.Yang paling
penting, mingguan itu meminta Najib membawa semula agenda
kesederhanaannya itu.
"Dia kena tunjukkan keberaniannya untuk melawan tekanan itu hatta jika
ia diketuai sendiri oleh bekas perdana menteri. Dia kena tunjukkan
bahawa dia adalah pemimpin bukan sekadar ahli politik biasa,"
katanya."Bagi Malaysia, apa berlaku selepas ini adalah pilihan Najib."
~tmi