Sah, PAS Terajui Pembangkang Di Pahang Untuk Buat Kejutan Besar Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Nanti !
KUANTAN, - Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Pahang sekali lagi diberi kepercayaan menerajui Pakatan Rakyat (PR) negeri ini apabila diberi peluang bertanding 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Daripada
keseluruhan 42 Dun, DAP bertanding 7 manakala selebihnya (14)
ditandingi PKR selepas selesai agihan kerusi peringkat Pakatan Rakyat
Pahang. Menurut Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Pahang (JPN) Cikgu Abdul Majid Hasan, DUN-DUN yang akan ditandingi PAS ialah N2
Jelai, N3 Padang Tengku, N8 Dong, N9 Tahan, N11 Pulau Tawar, N12
Beserah, N15 Tanjung Lumpur, N16 Inderapura, N17 Sungai Lembing, N19
Panching, N20 Pulau Manis, N21 Peramu Jaya, N24 Luit, N26 Chenor, N28
Kerdau, N29 Jengka, N32 Kuala Semantan, N36 Pelangai, N37 Guai, N40
Bukit Ibam dan N42 Tioman.
Bagi
mengetuai cabaran tersebut, PAS dijangka menampilkan lebih 50 peratus
muka baru iaitu terdiri daripada ulamak muda lulusan Timur Tengah dan
profesional dalam pelbagai bidang. Antaranya di Pulau Tawar, Inderapura, Luit, Kerdau, Beserah, Sungai Lembing dan Chenor. Melihat
kepada faktor Pahang tidak terkena tempias tsunami politik 2008, negeri
Perdana Menteri dan menempatkan majoriti besar pengundi Melayu, tidak
ramai penganalisis yang berani meletakkan PR akan berjaya mencipta
sejarah pada PRU 13. Namun menurut Abdul Majid, berdasarkan beberapa perkembangan mutakhir, tidak mustahil PR mampu membuat kejutan.
Antara
lain ialah kelemahan kerajaan BN Pahang dalam menangani isu-isu rakyat,
kebangkitan rakyat yang celik maklumat dan swing pengundi Cina yang
dijangka meningkat sehingga 80 peratus. Satu
faktor lagi, terdapat 25 DUN mengandungi kawasan tanah rancangan Felda.
Dengan pelbagai isu yang menghantui serta kesedaran warga peneroka
dijangka boleh menyumbang ke arah kemenangan Pakatan Rakyat pada
pilihanraya umum nanti.
Pembangkang Mahu Buat Kejutan Di Pahang Kali Ini
Pembangkang Mahu Buat Kejutan Di Pahang Kali Ini
“Itu
yang saya katakan PR mungkin boleh membuat kejutan berdasarkan terlalu
banyak kelemahan kerajaan BN Pahang dalam menangani isu-isu air dan
tanah, muncul aktivitis media baru serta peningkatan sokongan pengundi
Cina terutama selepas isu Lynas. “Bagaimanapun saya masih menekankan
faktor utama kemenangan ialah jentera pilihan raya yang bertugas di
segenap unit peti undi serta jentera kempen selain daripada bertawakal
sepenuhnya kepada Allah,” katanya.
Lonjakan
lima peratus yang dikehendaki itu tidak mustahil boleh diperolehi PR
berdasarkan peningkatan yang sama diperolehi pada PRU 2008 berbanding
PRU 2004. Bagi kerusi parlimen di Pahang pula, Abdul Majid berkata PAS
akan bertanding enam daripada 14 iaitu di parlimen Jerantut, Maran, Kuala Krau, Temerloh, Bera dan Rompin.
PKR kekal bertanding di Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, Pekan dan Lipis. Sementara DAP kekal di kerusi tradisinya Cameron Highlands, Raub dan Bentong. Tambah Abdul Majid, Pahang bakal menyumbangkan sekurang-kurangnya lima kerusi parlimen bagi membantu PR ke Putrajaya iaitu mengekalkan Indera Mahkota dan Kuantan. Manakala Jerantut, Raub dan Temerloh juga, dengan izin Allah, akan jatuh ke tangan PR. Katanya, kajian dari pihak BN sendiri yang diperolehi demikian. Menurut angka terbaru jumlah pemilih pada PRU 13 di Pahang seperti dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah 727,047 orang iaitu meningkat lebih 20 peratus (603,242) dari tahun 2008. Pecahannya mengikut kawasan parlimen ialah P078 Cameron Highlands (27,774), P079 Lipis (32,005), P080 Raub (53,802), P081 Jerantut (57,774), P082 Indera Mahkota (63, 419), P083 Kuantan (55,577), P084 Paya Besar (47,465), P085 Pekan (79,721), P086 Maran (37,875), P087 Kuala Krau (42,415), P088 Temerloh (65,308), P089 Bentong (61,335), P090 Bera (50,513) dan P091 Rompin (52,064). Peratusan bagi pecahan kaum pula ialah Melayu 72%, Cina 22% dan India 6%. Yang menakjubkan ialah lebih 45% pengundi adalah yang berusia antara 21 tahun hingga ke 40 tahun. Senario ini jelas sekali menggambarkan para pengundi kali ini lebih bermaklumat.
Pakatan Tampil Calon Lebih Mantap Untuk Cabar BN
Bagi
calon-calon pula, belum ada pengumuman rasmi meskipun tarikh pilihan
raya semakin hampir. Namun begitu, pemimpin tertinggi PAS Pahang
dijangka terus kekal bertanding di kerusi masing-masing iaitu Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) di DUN Jengka, Ustaz Yusof Embong di DUN Panching dan Dr Hamzah Jaafar di Parlimen Jerantut.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Dato’ Fauzi Abdul Rahman dijangka bertanding di Parlimen Indera Mahkota menggantikan Azan Ismail yang berpindah ke Terengganu. Sementara Leong Ngah Ngah yang diberi jolokan ‘Lee Lam Thye Pahang’ dijangka
beralih ke Ketari. Manakala DUN Triang yang dimenanginya selama lima
penggal akan diserahkan kepada Setiausaha Organisasinya Lee Chin Chen.
Sementara itu PKR yang bertanding menampilkan muka baru bagi menentang Bn di Pahang.Dengan tenaga muda dan profesional,Bn dijangka akan menghadapi masaalah dimana Pakatan bertanding.Antaranya di DUN Kemayan,Cheka, Benta, Teruntum,Jenderak ,Lanchang juga Rompin.
Pengerusi Himpunan Hijau Anti Lynas, Wong Tack dikhabarkan akan bertanding di Bentong atas tiket DAP. Rata-rata menyebut, PR masuk bertanding PRU kali ini lebih bersedia. Ketika
Himpunan Kebangkitan Rakyat diadakan di Kerdau tahun lalu, berjaya
dihimpunkan. Pada hari tersebutlah diumumkan tawaran PR Pahang 6 + 3
yang jika betul-betul disampaikan kepada khalayak rakyat, pasti akan
memilih PR. Ia berbetulan pula dengan
kelemahan kerajaan BN yang sudah terlampau lama berkuasa sehingga
menimbulkan terlalu banyak ketidakpuasan hati rakyat. sumber