AWASI 3 CARA BARU PENIPUAN Umno

PDF Print E-mail


Para pengundi diingat tiga cara menipu yang cuba dibuat oleh pihak tertentu termasuk petugas Umno dan BN menjelang pilihan raya ini.

Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Siti Aishah Sheikh Ismail (gambar) mendedahkan, terdapat tiga perkara sedang dirancangkan oleh jentera Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kuasa Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Perkara ini baru sahaja di kesan dan beliau meminta semua pihak berwaspada dengannya....

Katanya, mereka diminta mengawasi gerak geri Wanita Umno yang akan berlakun sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang turun ke rumah-rumah khususnya di luar bandar untuk mengajar cara mencelup jari kelingking dengan dakwat hitam.

Bila kelingking dicelup dakwat tersebut katanya,  ia akan mengambil masa tujuh hari untuk luntur. 
Bila berlaku begitu mereka dianggap sudah mengundi dan tidak sama sekali diberikan peluang memasuki bilik pengundian pada hari pilihan raya nanti.

"Lazimnya jentera tajaan BN menggunakan nama NGO untuk menyenangkan mereka menyelinap masuk ke kampung-kampung kononnya untuk mengajar terutamanya kaum ibu tentang kaedah penggunaan dakwat hitam oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) ketika mengundi kelak. 

"Mereka akan bertindak dalam masa tiga hari sebelum hari pengundian, " tegasnya di majlis ceramah Pentas Wanita di perkarangan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti semalam.

Perbuatan kedua yang dirancang ialah mereka akan menyamar sebagai pegawai TEKUN, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sebagainya untuk meninjau projek atau bertemu dengan kelompok yang membuat pinjaman.

Mereka akan meminta kad pengenalan dan mengambil gambarnya lalu memproses untuk diklonkan kad pengenalan individu terbabit. 

Bila proses ini berjaya kad pengenalan itu nanti diiberikan kepada pengundi hantu dan bila pemilik asal hendak masuk mengundi namanya telah pun dipotong tanda sudah ada orang mengundi bagi pihaknya.

Ketiga sambung Siti Aishah, mereka akan menggunakan ruang di sebelah tengahari hari mengundi iaitu petugas kita alpa dan tinggalkan pondok panas atau balik ke rumah untuk mandi, solat dan sebagainya.

Petugas jelasnya,  hendaklah senantiasa berada di pondok panas dan sepanjang perayu undi bertugas. 
"Jika sampaI waktu solat, makan dan seumpamanya berikan tugasan orang lain sekejab. Jangan biarkan hadapan pintu masuk tempat mengundi tiada petugas Pakatan Rakyat," tegasnya.

"BN dan Umno mesti laksanakan perkara tersebut di kala kita alpa. Justeru itu, para petugas yang dilatih khas kena bersedia setiap masa," jelasnya diiringi laungan  'Lawan Tetap Lawan'.





Berceramah sama ialah Pemangku Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang, Aida Yusuf Rawa, bekas penyanyi, Dayangku Intan, Ketua Wanita DAP, Choong Eng dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar. - HARAKAHONLINE