TERGAMAK PAS TIPU DIRI SENDIRI


Che Ibrahim







Dr Rosli Yaakob tak pernah pegang jawatan dalam Amanah, kalau ada jawatan yang dilantik, wallahu'alam. Memang ada maklumat kata beliau masuk Amanah, tetapi tak aktif sangat dengan Amanah, apalagi jadi Pengerusi Amanah N9. 


Yang jadi Pengerusi Amanah N9 ialah Datuk Zulkifli Omar dan Datuk MK Ibrahim, kedua duanya memang bekas Pesuruhjaya Pas N9 selain Dr Rosli yang pernah jadi Pesuruhjaya Pas N9.





Waktu kamu hina peribadi PMX… kamu tak fikir pula perasaan anak2 beliau..

 


Hasnul Zulkarnain


Waktu kamu hina peribadi PMX… kamu tak fikir pula perasaan anak2 beliau..


Kamu antara yg mengaminkan doa MP Jasin..


***saya tak bersetuju segala bentuk serangan peribadi terhadap musuh politik.






MULLAH






Dalam dunia politik kita, TS Hadi Awang merupakan salah satu sosok paling menarik untuk diikuti. 


Bagaimana beliau bermula dengan kontroversi. Tahun 1981 dengan Amanat Haji Hadi. 


Dikafirkan saudara se-Islam kerana mengikut Perlembagaan Penjajah yang tidak mengangkat Hukum Hudud sebagai teras. 


Ironinya, dia angkat sumpah jadi YB berpuluh tahun gunakan Perlembagaan yang sama. 33 bulan geng dia memerintah Malaysia, hudud entah ke mana. Bila ditanya, “ini soalan setang”, jawabnya. 


Ramai di kalangan pemerhati politik tahu betapa POWERFUL nya Haji Hadi. Level Ayatollah dan “pemimpin suci”. Dan kali ini dia buat hal lagi. 


Dr Sam Terengganu baru jadi Ketua Pembangkang 28 hari, Parlimen pun tak start lagi. Dia kena pecat melalui Live FB. 


Betul kata Lil Bird, sebulan dulu. Dr Sam itu hanya boneka di situ. PM tepi sebenar bagi PAS ialah Hamzah. Itu yang Haji Hadi umum sudah. 


Lil Birds dari kem sana sudah sampaikan. Sudah mula bunyi tak puas hati. Dengan Presiden sendiri. Kenapa suka suki nak angkat PM parti lain? 


*************


Pattern nya sama sahaja. 


Bagi yang mengkaji, Haji Hadi itu sebenarnya a pure POLITICIAN. Niat utamanya perluasan kuasa. Tak kira la nak tunggang siapa. Janji, negara Islam ala PAS terbentuk akhirnya 


Maknanya, mana2 PM yang dilantik, teknokrat atau profesional. Akan tetap ada figura lebih tinggi dari PM ya. Itulah Ayatollah.


Perluasan kuasa PAS selama 70 tahun ini sudah terbukti. Sekarang mereka punya kerusi paling banyak di Parlimen . 


Hasil kahwin dan cerai dengan pelbagai parti. Sampai KuLi boleh kata PAS ini “Pelac*r politik”. Bunyinya kasar keluar dari mulut anak Raja. 


Namun, “Pelac*r” atau tidak, mereka berjaya. Digunakan semua pemimpin dan parti Melayu yang ada. 


Dari Anwar Ibrahim ketika Pakatan Rakyat. 


Mereka bergayut dengan Najib pula, dapat sumbangan RM90juta. 


Selepas itu diangkat Muhyiddin pula. Bila kawan tu dana dibeku, disailangnya. 


Sekarang Hamzah pula hero baru. Khabarnya segala duit dan dana Hamzah yang sponsor. Bergantung pula dengan member tu. 


Akhirnya, yang untung bukan yang berkorban duit dan dana, tapi parti PAS akan terus luaskan kuasa. Sampai mereka boleh secara sendirian memerintah Malaysia. 


*************


DNA mereka perlu tubuh negara Islam. Tak kira lah, Malaysia Sultan dan PM nya Islam. Sekian lama, dari KSU, DO ke peon pejabat 98% beragama Islam. 


Negara Islam itu hanya tertubuh bila parti PAS yang memerintah Malaysia secara mutlak. Itulah kepimpinan melalui Ulamak. 


Kalau parti dan orang Islam lain memerintah tidak cukup “Islam” ya. Inilah Politik Mullah. 


Kita tepuk dada tanya akal jua. Adakah ini yang diperlukan untuk Malaysia? Bilamana negara ini berbilang bangsa. Melayu Islam itu 58% sahaja. 


****************


Kekuatan kita sejak merdeka ialah kemampuan untuk hidup bersama dalam sebuah negara. 


Negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, Raja sebagai payung negara, dan demokrasi sebagai medan persaingan idea.


Negara ini tidak memerlukan lebih ramai “orang suci” yang mahu memerintah.


Negara ini memerlukan pemimpin yang mampu menyatukan, mengurus perbezaan dan membina masa depan.


Kerana Malaysia tidak dibina untuk satu golongan sahaja. Malaysia dibina untuk semua kita. Berbilang bangsa dan agama. 


Mudah-mudahan, apa jua pilihan politik kita, akhirnya yang menang bukan mana-mana parti. 


Tetapi negara… 


Salam hormat,

Liyana Marzuki





AKIBAT MERAJUK ?

 


Arus Malaysia


Landskap politik Negeri Sembilan dijangka berdepan satu lagi episod mengejutkan apabila seorang Exco Kerajaan Negeri Datuk Mohamad Rafie Ab Malek dikatakan telah mengumumkan pengundurannya daripada PKR dan masuk Pas. 






Perkembangan itu mula menjadi bualan hangat di kalangan pemerhati politik selepas desas-desus mengenai ketidakpuasan hati tokoh berkenaan semakin kuat diperkatakan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang semakin hampir.


Menurut sumber dalaman beberapa pimpinan PKR Negeri Sembilan yang dihubungi Arus Malaysia, bekas Exco tersebut dikatakan kecewa selepas gagal mencapai kesefahaman dengan kepimpinan parti selain dipercayai tidak diberikan ruang untuk bertanding pada PRN kali ini. 


Situasi itu dikatakan menjadi punca utama yang mendorong beliau mempertimbangkan langkah drastik meninggalkan parti yang pernah diwakilinya sekian lama.


Lebih menarik, beberapa pihak dalam PKR dilaporkan sedang giat mengadakan rundingan dan usaha memujuk agar bekas Exco berkenaan kembali kepada semula dalam parti. 


Mereka dipercayai bimbang tindakan keluar parti pada saat genting ini mampu memberi kesan psikologi yang besar kepada akar umbi selain mencetuskan persepsi bahawa wujud pergolakan dalaman yang masih belum selesai dalam PKR Negeri Sembilan.


Pemerhati politik pula berpendapat sekiranya pengumuman itu benar-benar berlaku, ia berpotensi menjadi antara isu terbesar menjelang PRN Negeri Sembilan. 


Malah terdapat dakwaan bahawa beberapa lagi tokoh parti sedang memerhati perkembangan ini sebelum menentukan hala tuju masing-masing. 


Jika gelombang keluar parti terus berlaku, ia bukan sahaja boleh menggugat kekuatan PKR di negeri itu, malah berisiko memberi kelebihan besar kepada pihak lawan dalam perebutan kerusi-kerusi penting pada pilihan raya nanti.


EDITORIAL





Logo Reset banyak boleh dikritik. Akhirnya logo Wawasan mungkin prompt pakai ChatGPT saja.


Najib Bakar







AI ni trained by data sedia ada. 


ChatGPT amik dari image sedia ada, edit sikit, tukar warna kiri ke kanan, kanan ke kiri.


Jadilah Wawasan aka Wanita Keadilan zaman Haniza Talha.


Nama Wawasan tu pulak parti dari Sarawak dah chup. 


Dah register parti ke belum tu? AGM nanti buat kat kedai mamak ke?


Ha ha ha ha ha... ha ha ha ha ha....ha ha ha ha ha (gelak ayahanda Marang)




BANTUAN UNTUK RAKYAT






 Sejak mengambil alih pentadbiran negara, Kerajaan MADANI terus memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan taraf hidup rakyat. Fokus utama bukan sekadar pertumbuhan ekonomi, tetapi memastikan hasil pembangunan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.


Pelbagai inisiatif telah diperkenalkan bagi membantu rakyat menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat. Bantuan tunai, subsidi bersasar dan program sokongan sosial terus diperkasakan agar golongan yang memerlukan tidak tercicir.


Dalam masa yang sama, kerajaan turut memberi perhatian kepada aspek pendapatan rakyat. Pelbagai usaha dilakukan untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi yang mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih baik.


Sektor TVET, ekonomi digital dan industri berteknologi tinggi juga terus diberi penekanan. Langkah ini bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu memperoleh pendapatan lebih tinggi serta bersaing di peringkat global.


Bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, bantuan seperti STR dan SARA terus memainkan peranan penting dalam meringankan beban harian. Ramai penerima mengakui bantuan tersebut membantu mereka menguruskan perbelanjaan keluarga dengan lebih baik.


Kerajaan juga komited memastikan akses kepada pendidikan dan kesihatan berkualiti terus dipertingkatkan. Ini kerana kesejahteraan rakyat bukan hanya diukur melalui pendapatan semata-mata, tetapi juga peluang untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.


Selain itu, pelbagai program keusahawanan diperluaskan bagi membantu rakyat menjana pendapatan tambahan. Usahawan kecil dan sederhana terus menerima sokongan melalui pembiayaan, latihan serta bantuan pemasaran.


Usaha memperkukuh ekonomi negara turut menunjukkan perkembangan positif apabila semakin banyak pelaburan masuk ke Malaysia. Keadaan ini memberi keyakinan bahawa lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan akan diwujudkan pada masa akan datang.


Apa yang penting, kerajaan tidak mahu pembangunan hanya tertumpu kepada angka dan statistik. Keutamaan diberikan kepada impak sebenar yang dirasai oleh rakyat dalam kehidupan seharian mereka.


Pendek kata, pendekatan MADANI yang menekankan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan kebajikan sosial terus menjadi asas kepada usaha membina negara yang lebih makmur. Matlamatnya jelas, iaitu memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.





BERSEPAI DAH....NAK LANTIK APANYA YIDDIN...

 





Persidangan cawangan kampung Seri Aman Puchong 2026: Seluruh perwakilan Sebulat suara meluluskan usul persidangan untuk dibawa ke persidangan BERSATU bahagian.


"𝗨𝗦𝗨𝗟 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗟𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗬𝗕 𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗥𝗜 𝗠𝗨𝗛𝗬𝗜𝗗𝗗𝗜𝗡 𝗬𝗔𝗦𝗦𝗜𝗡" Tan Sri Muhyiddin Yassin





BERBAGAI BANTUAN UNTUK RAKYAT DIBAWAH KERAJAAN MADANI.

 


Sejak mengambil alih pentadbiran negara, Kerajaan MADANI terus memberi penekanan kepada aspek kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang, kaum atau lokasi tempat tinggal.




Pendekatan yang dibawa jelas menunjukkan bahawa pembangunan negara bukan hanya tentang angka ekonomi semata-mata, tetapi juga memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.


Pelbagai bentuk bantuan telah diperluaskan bagi membantu golongan yang memerlukan, termasuk keluarga berpendapatan rendah, warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya dan golongan belia.


Melalui program bantuan tunai, subsidi bersasar serta pelbagai inisiatif sokongan kos sara hidup, ramai rakyat mula merasai sedikit kelegaan dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.


Kerajaan juga terus memperkukuhkan program seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi memastikan bantuan sampai terus kepada mereka yang benar-benar layak.


Di kawasan luar bandar pula, usaha meningkatkan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air, internet dan perkhidmatan kesihatan terus dipertingkatkan agar tiada komuniti yang tercicir daripada arus pembangunan.


Dalam sektor pendidikan, pelbagai bantuan persekolahan dan sokongan kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan turut diteruskan bagi memastikan setiap anak mempunyai peluang yang sama untuk berjaya.


Apa yang menarik, Kerajaan MADANI bukan sekadar mengumumkan bantuan, tetapi turut memberi perhatian kepada usaha jangka panjang seperti mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan kemahiran dan memperkukuhkan ekonomi rakyat.


Pendekatan ini menunjukkan bahawa kerajaan mahu membantu rakyat bukan sahaja untuk hari ini, tetapi juga membina masa depan yang lebih stabil dan mampan untuk generasi akan datang.


Akhirnya, prinsip "tiada yang tercicir" terus menjadi teras pentadbiran MADANI. Selagi kebajikan rakyat menjadi keutamaan, keyakinan terhadap masa depan negara akan terus berkembang dan Malaysia mampu melangkah lebih jauh sebagai sebuah negara yang inklusif dan sejahtera.