Rosaknya Perikatan Nasional Akibat Perpecahan PAS Dan Bersatu

 


Kehancuran Perikatan Nasional (PN) berpunca daripada pelbagai faktor termasuk keegoan Pas dan hilangnya pengaruh Muhyiddin Yassin.

PENDAPAT, 15 Jun – Perikatan Nasional (PN) berdepan cabaran terbesar dalam sejarah gabungan itu apabila hubungan antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat terus renggang, malah makin menjauhi antara satu sama lain.

Perkembangan ini bukan sahaja menimbulkan persoalan mengenai masa depan PN, malah berpotensi merosakkan asas kerjasama politik yang dibina sejak beberapa tahun lalu.

Ramai pemerhati politik berpendapat bahawa keputusan Pas untuk memutuskan hubungan politik dengan Bersatu memberi kesan besar kepada kestabilan gabungan tersebut.

Kemunculan Reset yang disokong Hadi Awang dan Pas sudah merosakkan Perikatan Nasional (PN) malah menjejaskan persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana kedua-dua parti merupakan tunjang utama yang membentuk kekuatan PN dalam beberapa pilihan raya lalu. Tanpa kerjasama erat antara Pas dan Bersatu, sukar untuk gabungan itu mengekalkan pengaruh yang pernah dimiliki terutama selepas projek ‘tebuk atap’

Apa yang lebih menarik perhatian ialah hubungan yang terjalin selama ini dibina melalui pelbagai pengorbanan dan persefahaman politik.

Seolahnya, Bersatu di bawah kepimpinan Muhyiddin Yassin yang selama ini memainkan peranan penting dalam pembentukan kerajaan serta membawa PN ke peringkat nasional, semakin hilang pengaruh, dibayangi kemaraan pasukan ‘Reset’ serta tekanan daripada parti gabungan dalam PN sendiri.

Ketika menjadi Perdana Menteri, Muhyiddin memimpin negara dalam tempoh yang mencabar termasuk berdepan pandemik COVID-19 dan ketidaktentuan ekonomi global.

Justeru, terdapat pihak yang melihat perpecahan ini seolah-olah mengenepikan sumbangan besar yang pernah diberikan oleh Muhyiddin kepada gabungan tersebut.

Sudah pasti rasa tidak puas hati dalam kalangan sebahagian penyokong yang mengharapkan hubungan antara kedua-dua parti dapat dipertahankan demi kepentingan bersama.

Kita harapkan perpecahan antara Pas dan Bersatu sudah semestinya melemahkan PN menjelang pilihan raya umum akan datang, walaupun parti Reset cuba untuk ‘mengimbangi’ kehilangan

Tanpa kesepakatan dan kepercayaan antara parti-parti komponen, gabungan itu mungkin berdepan kesukaran untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka masih mempunyai kekuatan dan kestabilan sebagai sebuah alternatif politik yang berdaya saing.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.