NEGERI KO PUNYA TERUK KO PIIRAHH ORANG..PEMIMPIN KO NUAT APA.?

 








Man Toba



Piraah…” katanya.

Tapi fakta dia tak cerita pun.


Baru 3 tahun Anwar Ibrahim jadi PM…

Kerajaan Persekutuan tambah peruntukan pembangunan Kelantan sampai RM8 bilion.


Dulu? Sekitar RM3.19 bilion je.


Sekarang naik lebih 2 kali ganda.


Soalannya…


Kalau “piraah”…

Kenapa negeri yang kuat lawan kerajaan pusat pun tetap dibantu?


Kenapa fokus diberi pada:


Masalah air (isu berpuluh tahun)


Naik taraf infrastruktur


Usaha hapus kemiskinan


Projek dipercepatkan untuk rakyat


Ini bukan politik sempit.

Ini duit rakyat… balik pada rakyat.


Tak kira negeri tu sokong atau lawan.


Orang boleh gelak, boleh sindir…

Tapi projek jalan.

Peruntukan turun.

Rakyat bawah yang rasa.


Kalau masih nak kata “piraah”…

Itu bukan tak cukup bukti.





WALAUN HALAL BELAKA KALAU BELAH PARTI DIA.

 



Andika Abdullah



Walaun dah stim dengan kenyataan terbaharu Mawas sial ni..!!???.so Kita simpan siap-siap keratan tweet ni... Kita tengok adakah akan jadi kenyataan...dan Kita dengar apa pula alasan Mawas kaki main jubo dan dijubori oleh Ramlah !




Kesian walaun asyik diberi harapan palsu oleh binatang Mawas yang kuat berimaginasi.

πŸ˜πŸ˜›πŸ€£πŸ˜‚πŸ˜‚


Sikit lagi guysssss...sikit lagi nak pancutπŸ˜…πŸ˜πŸ˜›πŸ€£πŸ˜‚




TAK YAH BANTU LAH

 


Aman Muhamad



Makcik yang sama ke?

Harap ada yang sudi membamtu.


:)




HABIH NAK DAKWAH MACAMAN?

 



KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu memberi jaminan pelancong bukan Islam tidak terikat dengan etika berpakaian ditetapkan dalam penguatkuasaan Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan dan  Sukan Terengganu apabila berkunjung ke negeri ini.






Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, etika pemakaian tersebut yang telah dikuatkuasakan sejak tahun 2020




KIOK KETUA PEMUDA NI.

 



Qalif



Ketua Pemuda Umno Vs Ketua Angkatan Muda Keadilan.

Siapa diantara mereka jadi pilihan anak muda?




𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 π‡π€πˆπŒ π‡πˆπ‹πŒπ€π: 𝐆𝐔𝐍𝐀 π‘πˆπ™π€π 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 π“π€πŒππ”ππ† 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀𝐀𝐍 πŠπ„π‘π€π‰π€π€π



Shahir








Bekas Naib Canselor universiti bukan tanda cerdik. Bekas Professor bukan tanda bijak. Ada PhD bukan tanda tahu kesemuanya.


Bila EXCO Kerajaan Kedah Haim Hilman sembang pasal kewangan dan fiskal Kerajaan boleh nampak kedangkalan dia yang sangat jelas lagi bersuluh. 


Isu yang dibangkitkan berkaitan laporan penyusunan semula perbelanjaan mengurus Kerajaan dan cadangan Haim Hilman adalah guna rizab antarabangsa negara yang diuruskan BNM untuk menampung perbelanjaan tersebut dan bukan potong peruntukan. 


Rizab antarabangsa BNM berjumlah USD128.8 bilion atau RM519.9 bilion bukanlah hasil atau tabungan Kerajaan yang patut digunakan untuk perbelanjaan Kerajaan. 


Rizab antarabangsa mempunyai 3 fungsi utama iaitu: 


1. Membiayai perbelanjaan import negara.


2. Menjadi penampan (buffer) untuk mengurangkan pergerakan Ringgit yang terlampau ketara (volatile) dalam pasaran matawang.


3. Sebagai alatan untuk BNM melaksanakan dasar monetari untuk mengawal kadar faedah dan kecairan dalam sistem perbankan melalui operasi pasaran terbuka (open market operation).


Sebab itu kesemua RM519.9 bilion atau USD128.8 bilion rizab antarabangsa BNM adalah dalam matawang asing di mana sebahagian besar dalam aset sekuriti matawang asing seperti US Treasury Bills dan Bonds, rizab IMF, special drawing rights (SDR) dan emas. 


Bukan bermakna Kerajaan tidak ada kuasa atau hak ke atas rizab antarabangsa BNM malah BNM setiap tahun konsisten membayar dividen kepada Kerajaan Persekutuan selaku pemegang saham dan pemilik 100% Bank Negara Malaysia di mana tahun lepas BNM membayar dividen berjumlah RM5 bilion kepada Kerajaan. 


Jika Kerajaan sewenang-wenangnya menggunakan rizab antarabangsa BNM untuk membiayai perbelanjaan Kerajaan ini akan menghantar isyarat kepada pasaran bahawa rizab antarabangsa yang selama ini digunakan untuk dasar monetari, dijadikan sumber kepada dasar fiskal. 


Ini akan memberi pengaruh psikologi kepada pasaran di mana Kerajaan pada bila-bila masa akan "menyeluk" tangan mereka ke dalam poket BNM untuk menyelamatkan kedudukan fiskal. 


Kalau tanya balik Haim Hilman, kenapa Kerajaan PN tak guna rizab antarabangsa BNM sepanjang 2020 - 2022 yang berjumlah sekitar RM480 bilion hingga RM500 bilion ketika itu dan sebaliknya perlu meminjam RM100 bilion setiap tahun sepanjang 3 tahun, sudah tentu Haim tak boleh jawab. 


Sebab itu Kerajaan sejak dulu tidak campurtangan dalam hal ehwal pengurusan dasar monetari BNM dan meletakkan tanggungjawab kepada pakar-pakar profesional yang diketuai Gabenor BNM untuk memastikan kebebasan bank pusat (central bank independence) yang sangat penting untuk memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur antarabangsa. 


Elok kalau Haim Hilman balik menjadi pakar motivasi dalam tiktok seperti dulu kala. 


Dulu-dulu selalu viral ucapan motivasi Haim Hilman kepada pelajar-pelajar universiti. 


Kalau tanya penyokong PAS, mana dia faham apa fungsi rizab antarabangsa, peranan bank pusat dan kepentingan keyakinan pasaran dalam ekonomi dan sistem kewangan negara sebab itu mereka sokong membabi buta. 


Pemimpin pun tak boleh pakai, tak payah kita cakap pasal penyokong.





MENTERI CINA ,MELAYU TERASA.

 



Dulu ramai skeptikal bila dengar “Menteri DAP Cina jadi Menteri Wilayah, habislah KL.” Macam-macam andaian keluar, seolah-olah bandar ni akan jadi tak terurus. Tapi hari ni, realiti nampaknya cakap benda lain.






Kalau tengok apa yang dah dibuat sekarang, memang jelas ada perubahan. Bukan sekadar cakap kosong, tapi ada hasil yang boleh nampak dengan mata sendiri.


Antara yang paling mencuri perhatian ialah pemasangan lebih 10,000 CCTV di seluruh Kuala Lumpur. Bukan projek kecil-kecilan, tapi melibatkan nilai sekitar RM500 juta. Ini memang langkah besar untuk keselamatan bandar.


Yang menarik, CCTV ni bukan jenis biasa yang setakat rakam video. Sistem dia canggih — boleh detect, analyse dan terus bagi maklumat kepada pihak berkuasa. Maksudnya, tindakan boleh diambil dengan lebih cepat.


Lokasi pemasangan pun bukan suka-suka. Semua tempat strategik seperti jalan utama, simpang sibuk, kawasan tumpuan ramai dan pusat perniagaan dah diliputi. Jadi liputan keselamatan lebih menyeluruh.


Dulu kita selalu dengar masalah koordinasi antara DBKL dan polis. Info lambat sampai, tindakan pun jadi perlahan. Tapi sekarang sistem dah disatukan dengan PDRM, jadi kerja lebih efisien.


Teknologi yang digunakan pun bukan biasa-biasa. Ada geo-fencing, sistem pengecaman wajah, dan keupayaan untuk kesan tingkah laku mencurigakan. Ini level bandar pintar yang sebenar.


Bukan itu saja, sistem ni juga boleh beri amaran melalui speaker automatik dalam pelbagai bahasa. Jadi bukan setakat pantau, tapi juga boleh cegah kejadian dari awal.


Fungsi dia pun melangkaui jenayah. Kemalangan jalan raya, kesesakan teruk, kecemasan dan juga risiko banjir boleh dikesan lebih awal. Ini memang membantu pihak berkuasa bertindak lebih pantas.


Pendek kata, ini baru betul usaha menjaga bandar secara moden dan sistematik. Kredit memang patut diberi kepada Hannah Yeoh atas usaha yang nampak hasilnya.





Bukan orang lalu jumpa. Bukan juga kebetulan polis ternampak.




 Bukan orang lalu jumpa.

Bukan juga kebetulan polis ternampak.






Arw4h ditemui sebab ada saksi yang nampak sendiri macam mana m4yat itu “dicampak” keluar dari kereta.

Saksi itu bukan orang jauh.


Seorang kakak peniaga kedai makan Siam. Kedai dia cuma lebih kurang 100 meter dari lokasi kejadian.


Mula-mula, kakak itu ingat itu cuma kes langgar lari.


Dia nampak tubuh seorang perempuan terbaring atas jalan, lalu dia ingat mungkin m4ngsa kena langgar dan pemandu terus lari.


Sebab itu dia berani pergi dekat.


Dia jalan rapat ke arah m4ngsa.


Nak tengok keadaan.

Nak bantu, kalau masih sempat.


Tapi bila sampai dekat, keadaan terus berubah.

Tubuh itu bukan orang pengsan.


Bukan orang khayal.

Bukan orang tidur.

Itu m4yat.


Suami dia yang mula sedar ada benda tak kena.


“Eh ni budak tino…”


Lepas tengok keadaan tubuh m4ngsa, terus suami dia cakap,


“Ni bukan biasa-biasa ni… ni kes g1la ni… bvnuh, buang m4yat.”


Waktu itu baru kakak itu terus blur.


Bayangkan…

dia datang dengan niat nak bantu orang yang dia sangka m4ngsa kemalangan.


Sekali yang dia jumpa depan mata, rupa-rupanya jasad seorang anak muda yang sudah tidak bernyawa, dipercayai baru sahaja dicampak keluar dari kereta.


Dia sendiri mengaku, dia memang pergi betul-betul dekat dengan arw4h sebelum tahu apa yang sebenarnya berlaku.


Bila dia tahu arw4h bukan m4ngsa kemalangan…

tapi m4ngsa bvnuh, dia terus panik.


Lebih menggigil bila dapat tahu tubuh arw4h ada puluhan tik4man.


Bukan satu.

Bukan dua.

Tapi 61 kesan tik4man.


Dari bahagian muka… sampai ke kaki.


Malah saksi sendiri mendakwa ada tik4man jelas di bahagian muka arw4h.


Dendam apa yang sampai macam ni sekali?

Ini bukan marah.


Ini bukan hilang sabar.

Ini bukan gaduh biasa.

Ini amarah yang sudah hilang akal.


Ini bukan sekadar kejam.

Ini buas.


M4ngsa baru 19 tahun.


Umur yang orang lain masih sibuk belajar, ketawa dengan kawan, fikir masa depan…

tapi arw4h dihantar pulang dalam keadaan paling mengerikan.


Lebih menyayat hati, polis percaya arw4h dibvnuh di lokasi lain sebelum m4yatnya dibuang di kawasan gelap itu. 


Maknanya, tempat jasad itu ditemui bukan tempat nyawa dia diambil.


Itu cuma tempat orang buang “bukti”, seolah-olah nyawa seorang manusia ini tak lebih dari sampah.


Pukul 12.23 pagi m4yat ditemui.


Tapi siasatan di lokasi hanya selesai sekitar 5.30 pagi.


Berjam-jam.

Berjam-jam seorang kakak yang keluar berniaga malam itu terpaksa menanggung trauma kerana menjadi antara orang terawal yang melihat sendiri bagaimana kejamnya manusia boleh jadi.


Dia ingat dia nak bantu orang.

Tapi malam itu, dia jadi saksi kepada satu kengerian yang mungkin akan menghantui dia seumur hidup.


Dan yang paling meremukkan hati…

yang terbaring itu bukan sekadar “m4ngsa”.


Itu anak orang.

Itu adik orang.

Itu nyawa yang direntap dengan cara paling kejam.


61 tik4man.

Campak tepi jalan.

Tinggal macam tak ada nilai.


Dendam apa yang merasuk sampai jadi sebuas ini? 


-Alfatihah buat adik Nurfisya Zulkifli.


FB MUHD MUHAMMAD




OWHH GITEW...

 


Betul ke live ni?

Ouw min baru tahu! Kalau nak boikot sesuatu benda kita kena rasa dulu.





Contoh mudah.

kita nk boikot produk isra3l,kita kena beli product tu dulu @ nak boikot Arak kita kena minum arak lah ya?

Begitukah  maksudnya pemuda walaun?.


Ke min Salah,kalau min Salah min minta maaf lah ya.