Dulu ramai skeptikal bila dengar “Menteri DAP Cina jadi Menteri Wilayah, habislah KL.” Macam-macam andaian keluar, seolah-olah bandar ni akan jadi tak terurus. Tapi hari ni, realiti nampaknya cakap benda lain.
Kalau tengok apa yang dah dibuat sekarang, memang jelas ada perubahan. Bukan sekadar cakap kosong, tapi ada hasil yang boleh nampak dengan mata sendiri.
Antara yang paling mencuri perhatian ialah pemasangan lebih 10,000 CCTV di seluruh Kuala Lumpur. Bukan projek kecil-kecilan, tapi melibatkan nilai sekitar RM500 juta. Ini memang langkah besar untuk keselamatan bandar.
Yang menarik, CCTV ni bukan jenis biasa yang setakat rakam video. Sistem dia canggih — boleh detect, analyse dan terus bagi maklumat kepada pihak berkuasa. Maksudnya, tindakan boleh diambil dengan lebih cepat.
Lokasi pemasangan pun bukan suka-suka. Semua tempat strategik seperti jalan utama, simpang sibuk, kawasan tumpuan ramai dan pusat perniagaan dah diliputi. Jadi liputan keselamatan lebih menyeluruh.
Dulu kita selalu dengar masalah koordinasi antara DBKL dan polis. Info lambat sampai, tindakan pun jadi perlahan. Tapi sekarang sistem dah disatukan dengan PDRM, jadi kerja lebih efisien.
Teknologi yang digunakan pun bukan biasa-biasa. Ada geo-fencing, sistem pengecaman wajah, dan keupayaan untuk kesan tingkah laku mencurigakan. Ini level bandar pintar yang sebenar.
Bukan itu saja, sistem ni juga boleh beri amaran melalui speaker automatik dalam pelbagai bahasa. Jadi bukan setakat pantau, tapi juga boleh cegah kejadian dari awal.
Fungsi dia pun melangkaui jenayah. Kemalangan jalan raya, kesesakan teruk, kecemasan dan juga risiko banjir boleh dikesan lebih awal. Ini memang membantu pihak berkuasa bertindak lebih pantas.
Pendek kata, ini baru betul usaha menjaga bandar secara moden dan sistematik. Kredit memang patut diberi kepada Hannah Yeoh atas usaha yang nampak hasilnya.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.