LUAHAN HATI SAYU SAMBUTAN SYAWAL BAGI MELAYU MALAYSIA DI TEBING SUNGAI GOLOK

Che Ibrahim


Raya tahun ini wife ke-2 saya masih lagi sukar ziarah pusara leluhurnya dan saudara mara di Golok dan Narathiwat kerana undang-undang tegas yang telah digazet, tak boleh lagi menyeberang seperti dulu.


Zaman dulu terzahir suasana raya yang meriah yakni budaya orang Malaysia langkah sungai Golok dengan berbusana Melayu untuk ziarahi saudara mara di negeri-negeri Melayu yang dijaj5h Si@m.


Keluarga Wife saya bukan asal kerakyatan Siam, mereka adalah masyarakat Semenanjung Tanah Melayu di Kelantan yang bermukim di tanah air sendiri, namun persempadanan Inggeris-Siam 1909 membuatkan keluarga besar wife saya terpisah dua entiti negara walau berada dalam geografi yang sama.


Saya harap PM Anwar Ibrahim pertimbangkan untuk buka Imigresen di beberapa checkpoint Sungai Golok, kerana amat sukar untuk orang kampung ziarah sedara mara di seberang jika pintu masuk hanya melalui imigresen Pengkalan Kubor dan Golok sahaja, itu agak jauh bahkan waktu hari raya pula perlu jimat masa.





BILA WALAUN BODO MENGUTUK ORANG YANG TINGGI ILMUNYA.

 

Che Ibrahim


Syeikh Omar Ali ni lulusan Sarjana Muda Usuluddin Uni Malaya, jauh berilmu berbanding budak budak Pas yang dok kutuk dia.


Norhayati Ibrahim. 


Dahsyat betul orang melayu ahli syurga ni..

Jauh sekali adab dengan bukan Islam

Malu sangat.










KENAPA IRAN SEBUT 3 NEGARA NI SAHAJA?






Ramai ingat ini sekadar ucapan Selamat Hari Raya.


Tapi dalam dunia diplomasi,

nama negara tak disebut secara suka-suka.


Bila Menteri Luar Iran sebut Malaysia, Indonesia dan Brunei secara terbuka,

itu bukan ayat manis biasa.


Itu signal.


Kenapa 3 negara ini?


Sebab di Asia Tenggara,

tiga negara ini dilihat paling dekat dengan suara umat Islam,

paling jelas dalam isu kezaliman terhadap P4l3st!n,

dan paling mudah dibaca sebagai blok yang ada simpati terhadap dunia Islam.


Iran tahu,

bila mereka berterima kasih secara terbuka kepada 3 negara ini,

mesej itu bukan sekadar sampai kepada rakyat.


Ia juga sampai kepada Washington.

Sampai kepada Tel Aviv.

Dan sampai kepada dunia.


Maksudnya mudah:


Iran sedang tunjuk bahawa mereka bukan bersendirian.


Walaupun tiada pakatan ketenteraan,

walaupun tiada perjanjian besar,

sokongan moral tetap bernilai dalam perang persepsi global.


Kenapa bukan semua negara Muslim disebut?


Sebab tidak semua berani bercakap.

Tidak semua bebas bersuara.


Dan tidak semua mahu dilihat terlalu rapat dengan Iran.


Ada yang terikat dengan Amerika.

Ada yang terlalu berhati-hati.

Ada yang memilih diam walaupun tahu apa yang berlaku.


Jadi bila Iran pilih Malaysia, Indonesia dan Brunei,

itu bermaksud 3 negara ini dilihat masih ada maruah suara,

masih ada keberanian moral,

dan masih ada nilai simbolik dalam peta politik Islam semasa.


Ini yang ramai tak perasan.


Kadang-kadang dalam geopolitik,

ucapan ringkas lebih tajam daripada peluru.


Satu sebutan nama

boleh membawa maksud sokongan.


Satu penghargaan terbuka

boleh menjadi isyarat penjajaran.


Dan satu ucapan raya

boleh jadi mesej besar kepada seluruh dunia.


Jadi ya,

ini bukan sekadar ucapan Aidilfitri.


Ini adalah pemetaan siapa yang masih berani bersuara

dan siapa yang memilih untuk diam.


👉 Kenyataan asal dibuat oleh

Seyed Abbas Araghchi

melalui akaun rasmi beliau di

X


Kredit: FB-Tssm


Olahan & Susunan.

Mohammad Alif Zabri





PN AKAN KIOK JUGA AKHIRNYA

 


PN LEBIH MEMERLUKAN KUMPULAN HAMZAH BERBANDING MIC


21 Mac 2026


Sama ada MIC akan menyertai PN atau tidak, setakat ini semuanya masih misteri dan tidak pasti.


Setelah Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hasan pada 17 Mac lalu mengumumkan MIC akan menyertai gabungan itu dan surat rasmi bakal diserahkan sendiri kepada Presiden MIC pada malam tersebut (17 Mac) tetapi sesudah ia dinafikan oleh Timbalan Presiden MIC beberapa jam kemudian, isu itu terus senyap begitu saja sehingga sekarang.


Tiada lagi sebarang khabar berita atau kepastian mengenai kedudukan MIC selepas penafian  Timbalan Presiden MIC, M Saravanan itu.


Juga tidak diketahui sama ada ada pertemuan PN dengan Presiden MIC pada malam 17 Mac lalu diteruskan atau dibatalkan.


Pun begitu, berdasarkan perkembangan semasa di mana BN diwar-warkan akan bertanding 115 kerusi pada PRU akan datang, disertai dengan Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin sudah menulis surat untuk kembali semula bersama UMNO, adalah dipercayai MIC juga tidak jadi meninggalkan BN.


Masalah MIC ialah mereka rasa diketepikan sejak BN bekerjasama dengan PH dan percaya tiada peluang untuk parti itu dapat bertanding banyak kerusi pada PRU16 nanti lantaran monopoli DAP di kerusi-kerusi yang ada ramai pengundi bukan Melayu.


Oleh kerana di dalam PN hanya ada Gerakan dan MIPP yang tiada kerusi dimenangi pada PRU lalu, maka MIC melihat ada potensi untuk mereka beroleh banyak kerusi jika menyertai gabungan tersebut.


Bagaimanapun dengan perkembangan terbaru di mana BN berhasrat untuk bertanding 115 kerusi, ini mungkin menjadi faktor yang menyebabkan MIC merasakan mereka masih ada harapan bersama BN.


Apa pun keputusan akhir MIC nanti, biarlah parti itu menentukan sendiri hala tuju mereka.


Jika mereka ingin bersama PN, terimalah seadanya.


Jika tidak dan MIC ingin kekal bersama BN, itu pun tidak mengapa dan PN tidak perlu gundah gulana kerananya.


Sama seperti video Sandakan yang kabur, sejauh mana MIC mampu memberi nilai tambah atau ada kemampuan menambah sokongan kaum India kepada PN, ia juga sebenarnya masih kabur.


PN tidak perlu terlalu risau dengan tidak jadinya MIC menyertai gabungan itu kerana selain sudah ada MIPP bersama PN, lain-lain parti kaum India seperti Urinai dan MAP juga diketahui memang cenderung bersama PN.


Apa yang PN sepatutnya lebih risau  ialah jika Kumpulan Hamzah Zainuddin yang ada 19 Ahli Parlimen bersamanya, tidak lagi bersama PN pada PRU akan datang.


Sehingga ini Kumpulan Hamzah masih dalam proses menubuhkan parti baharu dan mereka memang berhasrat menyertai PN.


Cuma Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan akan menentang kemasukan parti Hamzah ke dalam PN.


Sebenarnya isu ini yang lebih perlu ditangani oleh PN yang kini dipimpin oleh PAS.


Sama ada Kumpulan Hamzah ada parti baharu atau tidak, potensi mereka memberi nilai tambah kepada PN adalah lebih besar berbanding MIC.


Bahkan berdasarkan kecenderungan lebih ramai Ahli Parlimen dan Ketua-Ketua Bahagian Bersatu menyokong Hamzah berbanding Muhyiddin Yassin, malah semua mereka itu dipercayai akan menyertai parti baharu yang akan diterajui Ahli Parlimen Larut itu, Kumpulan Hamzah juga nampaknya lebih kuat daya tarikannya daripada Bersatu sendiri.


Untuk memungkinkan PN lebih mampu memenangi PRU16 akan datang, nilai tambah yang ada pada Kumpulan Hamzah memang tidak boleh dinafikan.


Selain Ketua Pembangkang itu juga memiliki beberapa kelebihan yang mungkin tidak dimiliki oleh pemimpin-pemimpin PAS, hakikatnya jika tiada Kumpulan Hamzah dalam PN, boleh dikata kabur jugalah cahaya kemenangannya pada PRU akan datang. - ShahbudinHusin 21Mac2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1241959201260530&id=100063393840098





BOLEHKAH DR SAM PEGANG JAWATAN KETUA PEMBANGKANG?



22 Mac 2026


Berikutan PAS akhirnya bersetuju mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang dan pengumumannya akan dibuat hujung bulan ini, ramai yang mula meneka-neka siapakah yang akan mengisi jawatan tersebut?


Adakah Dr Ahmad Samsuri Mokhtar atau Dr Sam selaku Pengerusi PN yang akan menjadi Ketua Pembangkang?


Atau jawatan itu akan diisi oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hasan, Ketua Penerangan, Ahmad Fadhli Shaari atau mana-mana pemimpin PAS yang lain?


Siapa jua yang dilantik nanti, mereka mestilah bersedia untuk lebih agresif berhujah di Parlimen serta menyediakan pasukan penyelidik yang benar-benar berwibawa.


Begitu pun, pendapat yang tidak kurang popularnya ialah mahukan Dr Sam sendiri memegang jawatan Ketua Pembangkang.


Hujahnya sebagai Pengerusi PN dan sebagai bakal Perdana Menteri, beliaulah paling sesuai memegang jawatan tersebut.


Sebenarnya bukanlah syarat wajib seseorang Pengerusi PN itu mesti memegang jawatan Ketua Pembangkang.


Ini kerana Muhyiddin Yassin ketika sebelum ini menjadi Pengerusi PN, beliau tidak pun menjadi Ketua Pembangkang.


Selain itu, tidak semestinya juga bakal Perdana Menteri mesti daripada pemegang jawatan Ketua Pembangkang terlebih dahulu.


Setakat ini dalam sejarah negara kita, hanya Ismail Sabri Yaakob dan Anwar Ibrahim saja yang pernah memegang jawatan Ketua Pembangkang sebelum bergelar Perdana Menteri.


Lain-lain Perdana Menteri - Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Najib Razak dan Muhyiddin - semua mereka tidak pernah menjadi Ketua Pembangkang sebelum bergelar Perdana Menteri.


Dengan itu, sama ada sebagai Pengerusi PN atau bakal Perdana Menteri, bukanlah jatuh hukum wajib bagi Dr Sam memegang jawatan Ketua Pembangkang.


Walaupun memegang jawatan Menteri Besar, tidak menjadi kesalahan daripada segi peraturan untuk Dr Sam menjadi Ketua Pembangkang pada waktu yang sama.


Namun demikian, sebagai Pengerusi PN dan Menteri Besar Terengganu, adalah dirasakan Dr Sam tidak begitu sesuai memegang jawatan Ketua Pembangkang.


Ini kerana dibimbangi beban tugas sebagai ketua kerajaan negeri Terengganu akan membatasi keperluannnya untuk sentiasa berada di Parlimen.


Tanpa selalu berada di Parlimen, sudah tentu beliau tidak mampu berperanan dengan lebih berkesan sebagai Ketua Pembangkang.


Sedemikian, adalah lebih baik  pemimpin PAS yang lain memegang jawatan Ketua Pembangkang.


Memandangkan matlamat besar PN ialah untuk mengambil alih kerajaan selepas PRU akan datang, calon Ketua Pembangkang yang dilantik nanti haruslah yang benar-benar berkesan dalam berhujah di Parlimen dan menangani isu-isu semasa yang melibatkan rakyat.


Sebab akhirnya nanti, siapa Pengerusi PN dan siapa Ketua Pembangkang, yang paling penting ialah kemenangan dalam pilihan raya.


Peranan Pengerusi PN dan Ketua Pembangkang harus saling melengkapi dan mampu menjelmakan kemenangan yang diimpikan itu. - ShahbudinHusin 22Mac2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1242789654510818&id=100063393840098