JAWAPAN IRAN TERHADAP US



 Iran telah memberi maklum balas terhadap kenyataan Donald Trump mengenai jangka masa perang, dengan menegaskan bahawa Iran bukan Amerika Syarikat yang akan menentukan bila konflik tersebut berakhir.





Jurucakap Tentera Iran, Brigedier Jeneral Ali Mohammad Naeini, menyifatkan kenyataan Trump sebagai “tidak lebih daripada pembohongan” dan berkata presiden Amerika Syarikat itu cuba “mereka-reka kejayaan ketenteraan” selepas mengalami kekalahan yang memalukan.


“Kami yang akan menentukan penamat perang ini,” kata Naeini seperti dilaporkan oleh Tasnim News Agency.


“Kami tahu bahawa peluru anda hampir habis dan anda sedang mencari jalan keluar yang bermaruah daripada perang ini. Mengapa tidak memberitahu kebenaran kepada rakyat Amerika? Trump tidak mahu rakyat Amerika mengetahui bahawa semua infrastruktur ketenteraan Amerika Syarikat di rantau Persian Gulf telah dimusnahkan,” katanya.


Naeini juga menafikan dakwaan Trump bahawa serangan Amerika Syarikat dan Israel telah melemahkan keupayaan peluru berpandu Iran. Menurutnya, lebih banyak peluru sedang dilancarkan berbanding hari-hari awal perang, “dalam jumlah yang lebih besar dan dengan kepala peledak yang beratnya melebihi satu tan”.


Beliau turut menambah bahawa angkatan bersenjata Iran tidak akan membenarkan walau satu liter minyak pun dieksport dari rantau tersebut kepada pihak yang dianggap sebagai penceroboh dan sekutu mereka sehingga diberitahu kelak. Menurutnya, usaha mereka untuk mengawal harga minyak dan gas hanya akan bersifat “sementara dan sia-sia”.




PMX TAK SEMBANG.


 Syam Ghaz


PMX Anwar Ibrahim tak sembang saja. Jambatan roboh di Kuala Krai dah 90% siap





APA PUN LANGKAH MEMBINA RUMAH IBADAT TANPA MENGIKUT UNDANG UNDANG ADALAH SALAH



Norman Daud





 Malam tadi kereta Cikgu Chandra telah dibakar oleh penganas, sebelum itu kereta Jaguar Zamri Vinod pula telah dikepung oleh beberapa individu yang tidak dikenali. Semua ini adalah tindak balas puak tertentu apabila mereka merasakan kepentingan mereka terancam, dan kita semua tahu isu apa yang dimaksudkan. 


Sebenarnya, kejadian sebegini telah dijangkakan. Bila melibatkan isu agama, ianya pasti akan memberi kesan buruk dan menimbulkan reaksi keganasan. Tidak kira agama mana pun, bila ditekan, reaksi biasanya akan buruk.


Sebab itu, dalam Islam sendiri, umat Islam dilarang mencerca anutan agama orang lain. Allah berfirman dalam Surah Al-An‘am, ayat 108:


“Dan janganlah kamu menghina apa yang mereka sembah selain Allah, karena nanti mereka akan menghina Allah tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami menjadikan setiap umat menganggap baik perbuatan mereka.”


Ayat ini mengingatkan bahawa perbuatan menghina kepercayaan orang lain hanya akan menimbulkan balasan yang sama, dan kemarahan manusia akan mengatasi rasional. Itulah realiti yang sering dilupakan oleh ramai pihak hari ini.


Apabila isu agama diprovok secara terbuka, sentimen sesuatu komuniti mudah meledak. Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, api itu tidak mengambil masa lama untuk merebak.


 Insiden malam tadi sepatutnya menjadi peringatan kepada semua pihak. Serangan terhadap kereta Cikgu Chandra dan kepungan terhadap Zamri Vinod tidak boleh dianggap biasa. Keganasan tetap keganasan, dan mesti dikutuk tanpa kompromi.


Namun begitu, tindakan mendiri rumah ibadat atau tindakan sendiri secara haram adalah satu kesalahan. Kita semua bersetuju mengenai hal ini. Ia tidak memerlukan otak genius untuk memahaminya. Dalam menangani isu sebegini, tindakan mestilah bersandarkan undang-undang negara. Kita tidak boleh bertindak sendiri walaupun niat itu betul dari segi prinsip, kerana ianya boleh membahayakan diri sendiri dan mencetuskan suasana yang tidak aman.


Sejarah menunjukkan bahawa apabila isu agama dipermainkan atau diprovok, akan muncul golongan yang bertindak melulu. Mereka mungkin tidak mewakili majoriti, tetapi satu tindakan kecil sudah cukup mencetuskan ketegangan besar. Malaysia selama ini stabil kerana ada kontrak sosial, kita boleh berbeza agama dan budaya, tetapi tidak menyentuh perkara sensitif secara sembrono.


Justeru, penyelesaiannya bukan dengan menambah provokasi, bukan juga dengan membalas kemarahan dengan kemarahan. Jalan keluarnya ialah kembali kepada prinsip saling menghormati. Agama tidak boleh dijadikan alat untuk mencabar atau menghina pihak lain, dan keganasan tidak boleh dijadikan bahasa untuk mempertahankan kepercayaan. Jika tidak, kita sedang membuka pintu kepada kitaran yang lebih berbahaya: provokasi melahirkan kemarahan, kemarahan melahirkan keganasan, dan keganasan melahirkan lebih banyak kebencian.


Akhirnya, yang rugi bukan satu kaum atau satu agama. Yang rugi ialah negara ini sendiri. Undang-undang wujud bukan untuk menghalang kita menegakkan hak atau melindungi kepercayaan, tetapi untuk menjadi perisai agar tindak balas kita tidak menambah masalah kepada masyarakat. Dengan menghormati undang-undang dan saling menghormati, keamanan dan keadilan boleh dikekalkan, dan negara ini kekal stabil untuk semua.



BERITA TAK SAHIH

 

CnP



Khabar angin yang boleh dianggap berita baik buat kita semua dan kejayaan terbesar Iran dalam misi membalas dendam.






Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, adiknya Iddo Netanyahu, dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel Itamar Ben-Gvir didakwa telah terbunuh dalam serangan Iran.


Agensi berita Iran, Tasnim News Agency, pada hari Isnin menyiarkan laporan yang menyatakan kemungkinan Netanyahu terbunuh atau cedera, sekali gus mencetuskan semula spekulasi yang sering muncul sejak konflik antara Israel dan Iran semakin memuncak.


Namun begitu, laporan tersebut tidak mengemukakan bukti langsung bahawa Netanyahu telah diserang atau mengalami kecederaan. Sebaliknya, ia hanya merujuk kepada beberapa petunjuk tidak langsung, antaranya:


• Ketiadaan rakaman video terkini Netanyahu.

• Laporan media berbahasa Ibrani mengenai peningkatan kawalan keselamatan di sekitar kediamannya.

• Penangguhan lawatan yang dirancang oleh Jared Kushner dan Steve Witkoff.

• Kenyataan kerajaan Perancis mengenai perbualan telefon antara Presiden Emmanuel Macron dan Netanyahu, tanpa menyatakan tarikh sebenar panggilan tersebut.


Pada masa yang sama, beberapa dakwaan di media sosial turut menyatakan bahawa Itamar Ben-Gvir dan Iddo Netanyahu menjadi sasaran serangan udara Iran di Tel Aviv.


Laporan Tasnim juga memetik dakwaan daripada bekas pegawai perisikan Amerika Syarikat, Scott Ritter, yang disebarkan melalui beberapa media Rusia.


Dakwaan itu menyebut bahawa Iran telah mengebom lokasi persembunyian Netanyahu, dan bahawa adiknya Iddo Netanyahu terbunuh dalam serangan tersebut.


Walau bagaimanapun, Tasnim sendiri mengakui bahawa spekulasi tersebut masih belum disahkan atau dinafikan secara rasmi oleh mana-mana pihak.


Selain itu, beberapa dakwaan yang tular turut menyatakan bahawa rumah Perdana Menteri Israel di Tel Aviv telah dibom oleh Iran, menyebabkan adiknya terbunuh dan Itamar Ben-Gvir cedera.


Sehingga kini, tiada pengesahan rasmi daripada kerajaan Israel atau sumber antarabangsa yang dipercayai mengenai dakwaan tersebut.


Mereka juga tidak membuat sebarang kenyataan balas menafikan tentang perkara ini.


Kiranya, boleh dikatakan benar atau sebaliknya.


Oleh itu, maklumat ini masih dianggap sebagai khabar angin yang belum disahkan.


Apapun, sebelum ini pihak lawan juga pernah mengumumkan kematian beberapa tokoh Iran secara rasmi selepas serangan berlaku.


Harap benarlah berlaku dan pengumuman rasmi mungkin akan muncul kemudian.



KELUARGA CIKGU CHANDRA DILINDUNGI POLIS, POLIS BURU PENJENAYAH YANG BAKAR 3 KERETA.








Kes tiga kereta milik Cikgu Chandra yang dibakar awal pagi tadi seperti dilaporkan oleh Berita Harian jelas menunjukkan betapa berbahayanya apabila isu kaum dan agama terus dimainkan tanpa tanggungjawab.


Sejak semalam Polis Diraja Malaysia (PDRM)  sudah berada di kawasan rumah Cg Chandra bagi mengawal keadaan serta memastikan keselamatan beliau dan keluarganya.


Saya yakin polis sedang menjalankan siasatan secara serius dan akan menangkap suspek, dalang serta penghasut dalam masa terdekat. 


Dua dua pihak tidak akan terlepas apabila sentuh isu 3R, terutamanya ke arah rusuhan kaum.


Sebelum ini beria ria salahkan polis tangkap, padahal polis hanya nak mengawal keamanan. Kini polis juga dicari.


Jadi jangan terburu-buru menyalahkan polis kerana mereka sedang melakukan kerja mereka. 


Bila operasi dijalankan nanti, biasanya bukan seorang dua semua yang terlibat akan diangkut sekali.


Sekian lama kerajaan mengingatkan bahaya bermain dengan isu 3R; kaum, agama dan institusi. 


Negara ini dihuni rakyat pelbagai kaum dan agama, dan semua berhak hidup dengan aman tanpa rasa takut.


Naratif jahat cuba pecahkan keharmonian kaum di Malaysia adalah tidak patut.


Namun malangnya masih ada segelintir pihak yang terus meniup sentimen kaum dan agama. Ada juga segelintir ahli politik yang menunggang isu seperti ini untuk keuntungan politik. 


Bila budaya saling menghina dan memperlekeh agama serta kaum lain dibiarkan, ia pasti mengundang reaksi balas. 


Sekarang kita melihat sendiri bagaimana bahangnya semakin panas.


Polis tentu akan bertindak, tindakan tegas akan diambil.


Ketika ada kumpulan yang Ingin merobohkan kuil, mereka tidak memikirkan ancaman terhadap keselamatan diri sendiri atau kesan kepada keharmonian kaum. Walhal Negara ini ada undang undang, biar Pihak Berkuasa Tempatan dan Polis yang uruskan dan bukan bertindak sendirian dengan kepala sendiri.


Sebaliknya mereka menyalahkan polis apabila tindakan diambil terhadap mereka.


Kini apabila muncul ancaman balas daripada pihak lain, mereka pula marah kononnya polis lambat bertindak. Padahal sejak semalam polis yang kawal dan pastikan keselamatan keluarga Cg Chandra.


Jelas ada pihak yang cuba menjadikan isu ini sebagai konflik kaum supaya akhirnya kerosakan imej jatuh kepada polis dan kerajaan.


Mungkin sekarang baru mereka sedar betapa berbahayanya permainan api seperti ini.


Akhirnya kita tetap perlu kembali kepada satu prinsip asas; undang-undang. 


Dalam negara berperlembagaan, semua pertikaian mesti diselesaikan melalui undang-undang, bukan emosi atau tindakan sendiri.


Majoriti rakyat Malaysia sebenarnya mahu hidup aman. Yang cuba mengeruhkan keadaan hanyalah kelompok kecil yang ekstrem dan tidak bertanggungjawab. 


Jangan biarkan mereka merosakkan keharmonian negara.


Syam Ghaz




ADA NEGARA LAIN KA KAT MALAYSIA NI..


Che Ibrahim


 Kalau tengok ke menifesto pendidikan, nak kata dah capai 30% pun dok lagi....





BERITA PERANG



 Mazlan Mohamad




Pelancar peluru berpandu THAAD berharga 300 juta dollar milik US di Jordan ini dilaporkan dimusnahkan oleh dron Iran berharga hanya 20 ribu dollar.


Di awal peperangan radar berharga 1 billion dollar  berjaya dimusnahkan juga oleh dron berharga puluh ribu.


Walaupun beberapa dron diperlukan untuk musnahkan aset-aset ini, kosnya masih tak lebih dari 1 juta dolllar


Di Israel pula,  kemusnahan paling besar adalah reaktor nuklear mereka.


Dari segi nyawa, Israel kematian 11 saintis nuklear mereka, 6 jeneral, 198 pegawai tentera nuklear, 462 askar dan 32 ejen Mossad dalam tempoh tiga hari pertama.


Dari mana maklumat ini datang?


Dari gambar satelit dan sumber perisikan yang dibekalkan Russia.

.

.

* Lihat komen.



FITNAH YANG DILEMPARKAN.

 


Norman Daud


Hari ini tular di media sosial mengenai tuduhan yang dilemparkan oleh satu pengguna di X, EdisiMy, yang cuba mengaitkan kes kematian seorang pegawai tribunal Kastam di kompleks Kementerian Kewangan pada Mac 2025 dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim .





Tuduhan tanpa sebarang bukti dilemparkan sewenang-wenangnya oleh pengguna tersebut sedangkan polis telah menyiasat dan mengklasifikasikan kes ini sebagai Sudden Death Report (SDR).


Ya, memang terdapat banyak keraguan dan misteri dalam kes ini. Namun mengaitkan PMX ke dalam kes tersebut tanpa memberikan sebarang bukti jelas adalah satu tindakan berniat jahat dan tidak bertanggungjawab.


Dalam mana-mana negara yang berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang, tuduhan jenayah  lebih-lebih lagi tuduhan pembunuhan  tidak boleh dibuat berdasarkan khabar angin atau spekulasi di media sosial. Tuduhan seperti ini memerlukan bukti kukuh, siasatan terperinci dan akhirnya diputuskan oleh mahkamah, bukan oleh akaun anonim di platform digital.


Lebih membimbangkan, budaya melempar tuduhan tanpa bukti ini semakin menjadi alat politik yang murah. Apa sahaja peristiwa misteri akan cuba dipintal untuk disandarkan kepada tokoh politik tertentu bagi membentuk persepsi awam. Strategi ini mudah.. ulang tuduhan berkali-kali sehingga sebahagian masyarakat mula percaya walaupun tiada fakta yang menyokongnya.


Jika benar ada maklumat atau bukti baharu berkaitan kematian pegawai tersebut, saluran yang betul ialah menyerahkannya kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia untuk disiasat secara profesional. Melempar tuduhan di media sosial tanpa bukti bukan sahaja tidak membantu mencari kebenaran, malah boleh menjejaskan reputasi individu dan mengganggu proses keadilan.


Dalam isu ini, kita harus berpegang kepada prinsip yang mudah.. kritik boleh, persoalan boleh, tetapi fitnah tidak boleh. Kematian seseorang adalah perkara serius yang menuntut siasatan telus, bukannya dijadikan bahan propaganda politik.


Akhirnya, jika benar ada pihak yang memiliki bukti bahawa wujud unsur jenayah atau penglibatan mana-mana individu, maka bawalah bukti itu ke hadapan. Tetapi selagi ia sekadar dakwaan tanpa asas, menuding jari kepada Perdana Menteri hanyalah satu bentuk fitnah politik yang tidak bermaruah.


CC YB Menteri komunikasi Fahmi Fadzil