KELUARGA CIKGU CHANDRA DILINDUNGI POLIS, POLIS BURU PENJENAYAH YANG BAKAR 3 KERETA.








Kes tiga kereta milik Cikgu Chandra yang dibakar awal pagi tadi seperti dilaporkan oleh Berita Harian jelas menunjukkan betapa berbahayanya apabila isu kaum dan agama terus dimainkan tanpa tanggungjawab.


Sejak semalam Polis Diraja Malaysia (PDRM)  sudah berada di kawasan rumah Cg Chandra bagi mengawal keadaan serta memastikan keselamatan beliau dan keluarganya.


Saya yakin polis sedang menjalankan siasatan secara serius dan akan menangkap suspek, dalang serta penghasut dalam masa terdekat. 


Dua dua pihak tidak akan terlepas apabila sentuh isu 3R, terutamanya ke arah rusuhan kaum.


Sebelum ini beria ria salahkan polis tangkap, padahal polis hanya nak mengawal keamanan. Kini polis juga dicari.


Jadi jangan terburu-buru menyalahkan polis kerana mereka sedang melakukan kerja mereka. 


Bila operasi dijalankan nanti, biasanya bukan seorang dua semua yang terlibat akan diangkut sekali.


Sekian lama kerajaan mengingatkan bahaya bermain dengan isu 3R; kaum, agama dan institusi. 


Negara ini dihuni rakyat pelbagai kaum dan agama, dan semua berhak hidup dengan aman tanpa rasa takut.


Naratif jahat cuba pecahkan keharmonian kaum di Malaysia adalah tidak patut.


Namun malangnya masih ada segelintir pihak yang terus meniup sentimen kaum dan agama. Ada juga segelintir ahli politik yang menunggang isu seperti ini untuk keuntungan politik. 


Bila budaya saling menghina dan memperlekeh agama serta kaum lain dibiarkan, ia pasti mengundang reaksi balas. 


Sekarang kita melihat sendiri bagaimana bahangnya semakin panas.


Polis tentu akan bertindak, tindakan tegas akan diambil.


Ketika ada kumpulan yang Ingin merobohkan kuil, mereka tidak memikirkan ancaman terhadap keselamatan diri sendiri atau kesan kepada keharmonian kaum. Walhal Negara ini ada undang undang, biar Pihak Berkuasa Tempatan dan Polis yang uruskan dan bukan bertindak sendirian dengan kepala sendiri.


Sebaliknya mereka menyalahkan polis apabila tindakan diambil terhadap mereka.


Kini apabila muncul ancaman balas daripada pihak lain, mereka pula marah kononnya polis lambat bertindak. Padahal sejak semalam polis yang kawal dan pastikan keselamatan keluarga Cg Chandra.


Jelas ada pihak yang cuba menjadikan isu ini sebagai konflik kaum supaya akhirnya kerosakan imej jatuh kepada polis dan kerajaan.


Mungkin sekarang baru mereka sedar betapa berbahayanya permainan api seperti ini.


Akhirnya kita tetap perlu kembali kepada satu prinsip asas; undang-undang. 


Dalam negara berperlembagaan, semua pertikaian mesti diselesaikan melalui undang-undang, bukan emosi atau tindakan sendiri.


Majoriti rakyat Malaysia sebenarnya mahu hidup aman. Yang cuba mengeruhkan keadaan hanyalah kelompok kecil yang ekstrem dan tidak bertanggungjawab. 


Jangan biarkan mereka merosakkan keharmonian negara.


Syam Ghaz




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.