Sama atau tidak dengan kes Najib? Pembaca nilailah sendiri.

 


Ustaz Azhar Idrus pernah mengingatkan tentang satu perangai buruk Bani Israel yang ditegur oleh Rasulullah SAW. Bila rakyat bawahan mencuri, mereka dihukum. Tapi bila orang mulia, orang berpangkat dan berkedudukan mencuri, mereka dilepaskan.

Ustaz Azhar bagi contoh. Orang susah curi Nescafe, masuk penjara. Curi susu untuk anak yang lapar di rumah pun kena penjara. Salah tetap salah.
Tapi apabila orang besar melakukan kesalahan, tiba-tiba macam-macam alasan pula timbul. Ada yang bercakap soal kemanusiaan, hak individu, pengampunan dan belas ihsan.
Sekarang cuba tengok kes Najib Razak.
Bekas Perdana Menteri itu disabitkan bersalah dalam kes SRC International melibatkan RM42 juta.







Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Kemudian hukumannya dikurangkan kepada enam tahun dan denda RM50 juta melalui proses pengampunan.
Bukan bermakna Najib tidak dihukum. Dia memang masuk penjara. Tetapi apabila timbul pula usaha mendapatkan tahanan rumah, orang ramai berhak bertanya tentang layanan yang diberikan kepada seorang bekas pemimpin negara.
Orang miskin yang mencuri barang keperluan keluarga, adakah mereka mendapat perhatian dan pembelaan sehebat itu?
Yang menariknya, Ustaz Azhar Idrus mengingatkan tentang hadis Rasulullah SAW berkenaan masyarakat terdahulu yang binasa kerana mengamalkan dua darjat dalam undang-undang.
Apabila orang lemah mencuri, hukuman dilaksanakan. Apabila orang berkedudukan mencuri, mereka dibiarkan.
Prinsipnya cukup jelas. Keadilan tidak sepatutnya berubah hanya kerana seseorang itu mempunyai pangkat, pengaruh atau penyokong politik yang ramai.
Ustaz Azhar Idrus tidak menyebut nama Najib dalam petikan ceramah tersebut sebab ni ceramah sebelum Najib bebas dari penjara Kajang.
Jadi, apabila Ustaz Azhar bertanya sama ada masyarakat hari ini sedang mengulangi perangai yang ditegur Rasulullah SAW, elok juga kita renungkan.
Kalau orang susah mencuri kerana terdesak pun tetap kena penjara, apakah ukuran keadilan yang patut digunakan apabila pesalah itu seorang bekas Perdana Menteri?
Sama atau tidak dengan kes Najib? Pembaca nilailah sendiri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.