PM Anwar Umum Bantuan Tunai Tambahan RM2,500 Buat Ketua Isi Rumah Banjir Di Selangor



IMG_9919

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi penduduk Kampung Melayu Subang dan kawasan sekitar yang ditempatkan di Dewan Siantan akibat banjir kilat pada 3 November 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai tambahan khas RM2,500 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang layak di Selangor, dengan pembayaran dijangka bermula esok (10 November).

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Perdana Menteri berkata, bantuan itu bertujuan meringankan beban mangsa bagi menggantikan barangan keperluan rumah yang rosak atau musnah akibat banjir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi penduduk Kampung Melayu Subang dan kawasan sekitar yang ditempatkan di Dewan Siantan akibat banjir kilat pada 3 November 2026. Foto PMO

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, kaedah pelaksanaan dan syarat kelayakan bantuan itu akan diumumkan oleh agensi pelaksana.

Pada masa sama, Anwar turut mengarahkan supaya pelaksanaan projek tebatan banjir dipercepatkan bagi menangani kejadian banjir berulang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi penduduk Kampung Melayu Subang dan kawasan sekitar yang ditempatkan di Dewan Siantan akibat banjir kilat pada 3 November 2026. Foto PMO

Terdahulu, Perdana Menteri mengarahkan agensi berkaitan turun mengambil tindakan susulan situasi terkini mangsa banjir serta mengarahkan projek tebatan banjir Sungai Damansara dipercepatkan segera.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.