
Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 November 2026.
KUALA LUMPUR, 18 Nov – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh, telus dan segera bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian seorang pelajar yang dilaporkan meninggal dunia di sebuah sekolah di Perak hari ini.
Perdana Menteri menerusi hantaran di media sosial berkata, dalam hal ini, tiada sebarang aspek harus diketepikan agar keadilan dapat ditegakkan dan kejadian seumpama ini dapat dicegah daripada berulang.
“Takziah kepada keluarga seorang pelajar Tingkatan Tiga yang meninggal dunia di sebuah sekolah di Perak hari ini.

“Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang amat sukar ini,” katanya.
Terdahulu, seorang pelajar sekolah berasrama penuh (SBP) di Kuala Kangsar ditemukan meninggal dunia di kawasan sekolah berkenaan hari ini.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN Perak) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang memantau perkembangan insiden ini secara dekat dan telah mengarahkan pihak sekolah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.