Malu Orang Islam Bila Anthony Loke Lantang Tolak Rasuah, Tapi Abdul Hadi Dan Nik Abduh Dilihat Bela Perasuah!

 




IMG_0933

Nama Anthony Loke lantang lawan rasuah tapi yang nama Abdul Hadi dan Nik Abduh, dua-dua tokoh parti yang memperjuangkan Islam, pula dilihat begitu lunak apabila bercakap soal Najib Razak.

KATA ANDA, 11 Nov – Ada komen netizen, sebagai orang Islam, kadang-kadang rasa malu juga tengok gelagat politik negara kita.

Yang nama Anthony Loke, bukan Islam, boleh lantang menolak rasuah dan sanggup mengambil pendirian politik yang tegas.

Tapi yang nama Abdul Hadi dan Nik Abduh, dua-dua tokoh parti yang memperjuangkan Islam, pula dilihat begitu lunak apabila bercakap soal Najib.

Pelik juga. Bila bab babi, aurat, arak, judi dan macam-macam lagi, bukan main tegas. Tapi bila masuk bab rasuah berbilion ringgit, tiba-tiba banyak pula hujah dan alasan.

Islam tak pernah ajar kita memilih siapa yang patut ditegur berdasarkan parti, pangkat atau pengaruh.

Kalau pencuri ayam salah, penyalahgunaan wang rakyat berbilion ringgit tentulah jauh lebih besar kesannya. Takkan yang kecil kita marah, yang besar kita sibuk cari alasan?

Yang menyedihkan, rakyat biasa pula diajar supaya mempertahankan pemimpin atas nama agama, sedangkan agama sepatutnya menjadi ukuran untuk menilai pemimpin.

Hari ini apabila melibatkan tokoh politik berpengaruh, tiba-tiba cerita pengampunan, kutipan derma dan pahala pula yang kedengaran.

Akhirnya, yang membezakan manusia bukan nama Anthony, Abdul Hadi atau Nik Abduh. Bukan juga kopiah, serban atau parti.

Tetapi sejauh mana prinsip keadilan itu dipertahankan, termasuk apabila melibatkan orang sendiri.

Dulu bila bercakap tentang hudud, bukan main lagi PAS memetik hadis Nabi bahawa kalau Fatimah binti Muhammad mencuri sekalipun, Baginda akan memotong tangannya. Tetapi apabila melibatkan Najib, tiba-tiba muncul pula hujah pahala membantu membayar denda.

Jangan sampai orang bukan Islam terpaksa mengingatkan kita tentang nilai amanah yang Islam sendiri ajarkan.

Oleh Ahmad Mursi






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.