Marlina Pretty
Menang 25 daripada 36 kerusi DUN sepatutnya memberi laluan mudah untuk mentadbir, tetapi di Negeri Sembilan, majlis angkat sumpah Exco pun terpaksa dibatalkan.
Hakikatnya, 24 ADUN BN dan PN sendiri dilaporkan sepakat mengutus warkah kepada Tuanku Muhriz bagi memaklumkan Ismail Lasim tidak lagi mempunyai sokongan majoriti sebagai Menteri Besar.
Kini, Ahmad Zahid Hamidi pula menyerahkan penyelesaian kepada kebijaksanaan istana supaya Sidang DUN untuk Belanjawan 2027 dapat berjalan.
Yang menanggung akibatnya ialah rakyat biasa. Apabila pemimpin sibuk mengurus pertukaran kerusi di peringkat atas, agenda belanjawan dan kebajikan negeri pula yang tertangguh.
Inikah model kestabilan pentadbiran yang mahu dijual kepada pengundi seluruh negara?
#barisannasional #negerisembilan #zahidhamidi #ismaillasim

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.