BEGITULAH SEHINGGA SEJARAH EROPAH MERUNTUHKAN INSTITUSI MEREKA.

 


Jamzuri Ardani



Dulu tuan-tuan ... masa zaman Raja-Raja Eropah berperang, mereka semua akan kata 'we fight in the name of God'. 




Raja A perang dengan Raja B. Raja A bagitau walaun mereka, "we fight in the name of God". Raja B pun sama. Dia bagitau walaun dia, "we fight in the name of God". Mereka pun berperang. 


Ratusan tahun mereka berperang, begitulah keadaannya. Ratusan ribu yang mati. Isteri-isteri pahlawan menjadi gundek Raja yang menang perang. Anak-anak yatim jadi hamba. Raja menjadi semakin kaya dan tamak. Mereka mahu luaskan kuasa. Mereka paksa rakyat berperang. Kononnya, 'in the name of God'. 


Pemimpin politik yang tamak haloba, agama dijadikan tunggangan, nama Tuhan dijadikan pertaruhan.


Zaman sekarang pun masih ada yang membawa watak yang sama. Bezanya dulu berperang di medan senjata. Sekarang bertempur di medan demokrasi.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.