
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pengumuman Tempahan Pesawat Badan Lebar Jarak Jauh & Pemeteraian Dokumen Pengesahan Tempahan Pesawat Milik Malaysia Aviation Group (MAG) di Kuala Lumpur pada 25 November 2026.
KUALA LUMPUR, 25 Nov – Sebagai strategi pemodenan armada pesawat, Malaysia Aviation Group (MAG) membeli 10 pesawat Boeing 787 Dreamliner secara terus daripada Boeing dengan pilihan enam buah pesawat tambahan daripada syarikat berpangkalan di Arlington, Virginia itu.
Majlis pertukaran dokumen pembelian tersebut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berbangga dengan kemampuan syarikat penerbangan nasional itu memperluas jaringan penerbangan di peringkat global.
Ini menjadikan jumlah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang beroperasi dalam armada global kira-kira 93 pesawat merentas beberapa benua seperti Asia, Eropah dan Australia dengan sasaran peningkatan armada keseluruhan daripada 101 pesawat kepada 129 pesawat menjelang 2035.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Nasaruddin A Bakar, berkata MAS akan menjadi syarikat penerbangan pertama di Malaysia yang mengendalikan varian pesawat 787 Dreamliner itu.
Katanya, pemilihan itu melalui proses penilaian yang menyeluruh dan pesawat 787 Dreamliner merupakan pilihan yang paling sesuai untuk syarikat penerbangan nasional.
“Ia menawarkan kapasiti, fleksibiliti dan kecekapan yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan jangka panjang kami.

“Lebih penting lagi, ia membolehkan kami untuk terus meningkatkan pengalaman yang ditawarkan kepada pelanggan selain memperkukuh daya saing kami dalam pasaran antarabangsa utama,” katanya hari ini.
Nasaruddin berkata pembelian pesawat itu juga akan menyokong penggantian secara berperingkat tujuh buah pesawat Airbus A350 milik MAG, yang dijangka dihentikan penggunaannya antara 2032 dan 2035, sebagai sebahagian daripada program pemodenan pesawat kumpulan itu yang lebih menyeluruh.
Dikuasakan oleh enjin GEnx daripada GE Aerospace, pesawat itu dijadualkan untuk serahan antara 2032 dan 2035.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.