INFO.
Tujuh Syarikat Yang Beri Dividen Tertinggi Kepada Kerajaan Malaysia
Hasil kerajaan bukan sahaja diperoleh melalui kutipan cukai pendapatan, cukai jualan dan perkhidmatan (SST), tetapi turut merangkumi hasil bukan cukai seperti lesen, permit dan pulangan pelaburan. Antara sumber hasil bukan cukai yang terpenting adalah dividen yang diterima daripada syarikat dan entiti berkaitan kerajaan.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2/2026, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) merupakan penyumbang dividen terbesar dengan jumlah RM32 bilion pada tahun 2025, kekal sama seperti tahun 2024. Khazanah Nasional Berhad pula menyumbang RM2 bilion pada tahun 2025, meningkat dua kali ganda berbanding RM1 bilion pada tahun sebelumnya.
Selain itu, Bank Pembangunan Malaysia Berhad mencatatkan dividen sebanyak RM151.00 juta pada tahun 2025, diikuti Bank Pertanian Malaysia Berhad (RM20.40 juta), Pengurusan Aset Air Berhad (RM20.00 juta), IJN Holdings Sdn. Bhd. (RM15.00 juta) dan Cyberview Sdn. Bhd. (RM12.27 juta).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.