TERBAIK. RAMAI PUJI JEP.

 







Bukan calang-calang pembuktian apabila insan seni popular tanah air ini memilih untuk berdiam diri daripada terus bertekak di media sosial.

Sebaliknya, dia tampil membentangkan fakta jelas menerusi resit rasmi pembayarannya sejak sepuluh tahun yang lalu.


Pelawak Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepahtu, mengejutkan ramai pihak selepas mendedahkan rekod pembayarannya dari tahun 2016 hingga 2025. Angka keseluruhan yang mencecah kira-kira RM1.935 juta itu membuktikan komitmen tingginya dalam melunaskan kewajipan agama.


Langkah berani ini dibuat selepas timbul beberapa isu berkaitan persahabatan dan bayaran sebelum ini.

Tindakan telus ini terus mendapat perhatian khusus serta pujian daripada pihak kepimpinan agama negara.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menyifatkan Jep berani menjaga ketelusan dan integriti. Malah beliau turut menggelar pelawak itu sebagai wira serta inspirasi kepada golongan asnaf di Wilayah Persekutuan.


Menjelaskan punca di sebalik perkongsian tersebut, Jep menegaskan bahawa tindakan itu jauh sekali daripada niat untuk bermegah atau menunjuk-nunjuk. Dia cuma mahu membuktikan bahawa dirinya tidak pernah mengambil hak orang lain.


Dalam nada terus terang, dia menyentuh fenomena perkongsian di alam maya yang kini banyak beragah cakap kosong semata-mata. Bagi Jep, kalau sekadar bersembang semua orang boleh buat, lagi-lagi di zaman podcast yang hanya bermodalkan air liur sahaja.


Dia turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak Astro atas rezeki yang diterima sepanjang 2015 hingga 2025. Rezeki menerusi program popular Sepahtu Reunion dan stesen radio Sinar itu menjadi punca utama komitmen zakatnya dapat dilaksanakan.


Dr Zulkifli menegaskan bahawa zakat bukan sekadar menyucikan harta, malah menjadi benteng ekonomi serta penyambung hidup golongan memerlukan.

Keterbukaan figura awam seperti Jep ini wajar dijadikan contoh terbaik supaya lebih ramai sedar akan tanggungjawab berzakat.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.