TAK GI LA KELATE TU BOH...DEMO KAYO BLAKO DOH..

 


Petang tadi saya berkunjung ke Kota Bharu, Kelantan untuk bertemu usahawan dan rakyat Kelantan di Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit. Skim ini adalah sebahagian usaha Kerajaan MADANI meningkatkan keupayaan penjaja dan peniaga kecil agar dapat mengembangkan perniagaan serta menambah pendapatan keluarga.

















Dalam ucapan, saya tekankan keperluan negara menguasai ilmu dan teknologi baharu, termasuk kecerdasan buatan (AI), agar kita tidak ketinggalan dalam persaingan dunia. Namun, tatkala menggapai di langit, kita mesti tetap mengakar di bumi dengan berpaksikan nilai, jati diri dan akhlak.


Ilmu dan kepintaran mesti disertai amanah serta budi pekerti. Kita telah menyaksikan skandal besar seperti 1MDB, Tabung Haji dan FELDA yang didalangi mereka yang berilmu dan pintar, namun rendah akal budi serta nilai diri. Akibatnya, kekayaan negara digondol dan rakyat terpaksa menanggung kesannya. Kerana itu Kerajaan MADANI menekankan nilai dan tatakelola dalam usaha membangunkan negara.


Di Kelantan, permohonan bagi program Sejati MADANI Usahawan B40 mencecah 4,000. Bagi tahun 2027, peruntukan geran ini kita tambah sehingga RM200 juta agar manfaatnya dapat disalurkan terus kepada peniaga. Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan meningkatkan usaha membantu lebih ramai usahawan, khususnya wanita.


Saya juga menyeru ibu bapa dan guru agar terus mendidik serta membimbing anak-anak dengan ilmu, adab dan kasih sayang. Tanggungjawab membina generasi yang berilmu dan berakhlak bermula di rumah dan diperkukuh di sekolah, demi masa depan bangsa dan negara.


#MalaysiaMADANI 

#YakinMADANI




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.