Kekayaan seorang ahli politik mula menjadi tanda tanya selepas beberapa video yang memaparkan deretan kenderaan mewah serta kediaman besar miliknya berlegar di media sosial.
Perkara itu menjadi perhatian susulan penahanan dua tokoh korporat bergelar Datuk Seri dan Datuk Wira oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkaitan siasatan dakwaan menyeleweng dan menyalahgunakan kedudukan dalam urusan pelaburan kira-kira RM10 juta.
Dalam perkembangan itu, SPRM dilaporkan menyita 15 kereta mewah dan 12 motosikal berkuasa tinggi, selain lima jam tangan mewah, tiga gelang tangan serta wang tunai kira-kira RM30,000.
Susulan berita berkenaan, nama seorang pemimpin Umno mula disebut-sebut dalam perbualan di media sosial apabila netizen cuba mengaitkan video kekayaan yang beredar dengan perkembangan siasatan SPRM itu.
Namun, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada individu yang menjadi perhatian netizen tersebut mempunyai kaitan dengan dua tokoh korporat yang direman SPRM.
Usaha netizen mengenal pasti identiti individu berkenaan bagaimanapun terus berkembang di media sosial, dengan nama seorang pemimpin Umno antara yang paling banyak disebut.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.