SELAMA INI BANGSA MANA JADI PM..ADA LAM PERLEMBAGAAN. TAK JADI LAGU TU







 Tan Sri Abdul Hadi Awang sekali lagi menegaskan pendirian PAS bahawa pemimpin negara Malaysia hendaklah daripada kalangan Melayu-Islam.

Memang sejak merdeka hingga kini, pemimpin negara Melayu-Islam. Tetapi 40 tahun dia menentang kerajaan yang ditadbir oleh Melayu-Islam.
Soalnya, adakah identiti Melayu-Islam sahaja sudah mencukupi untuk menentukan mutu seorang pemimpin?
Datuk Seri Anwar Ibrahim pula banyak kali menekankan ukuran lain dalam kepimpinan — kompeten, berakhlak, amanah, bekerja dengan baik serta tidak mencuri atau “sakau”.
Ketika berucap di Kuala Pilah pada Julai lalu, beliau sendiri menyebut pemimpin yang baik ialah mereka yang “akhlaknya baik, kerjanya rajin, tidak curi, tidak sakau”.
Mudah cerita, seseorang itu boleh sahaja Melayu dan Islam. Tetapi persoalan pentadbiran tetap sama: boleh buat kerja atau tidak? Amanah atau tidak? Bila diberi kuasa, jaga duit rakyat atau sakau duit rakyat?
Dalam istilah Islam, kepimpinan bukan sekadar soal siapa kita. Ada juga soal al-Qawiyy al-Amin — kemampuan dan amanah.
Sebab akhirnya rakyat bukan hanya mahu melihat siapa yang memakai kopiah atau siapa yang paling kuat bercakap tentang bangsa dan agama. Rakyat juga akan melihat apa yang dilakukan apabila kuasa, kontrak dan wang negara berada dalam tangan.
Kalau semata-mata Melayu-Islam, tetapi tidak kompeten, 30 tahun jadi kerajaan pun stesen bas tak dapat disiapkan, air paip berkarat, kata nak buat hospital bernilai RM100 juta pun terkial-kial.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.