Belanjawan 2027 baru sahaja dibentangkan PMX, Ahmad Fadhli Shaari daripada PAS sudah sibuk menggelarnya sebagai 'Bajet Jerebu'.
Macam-macam bantuan dan inisiatif untuk rakyat diumumkan kerajaan, tapi yang dia nampak cuma jerebu.
Netizen pula menyindir, daripada sibuk mengata bajet orang, baik tengok dulu masalah air karat di Kelantan yang berpuluh tahun tak selesai.
Rakyat Kelantan bukan minta bulan dan bintang. Mereka cuma nak buka paip, keluar air bersih. Itu pun masih jadi masalah sampai sekarang.
Tak salah PAS nak kritik Belanjawan 2027. Tapi biarlah berpijak di bumi nyata. Jangan terlalu sibuk mencari kelemahan orang sampai terlupa kelemahan sendiri.
Jerebu di langit boleh hilang bila hujan turun. Tapi masalah air Kelantan, dah berpuluh tahun PAS memerintah pun rakyat masih menunggu penyelesaian.
Bajet orang nampak jerebu, air sendiri berkarat pun tak nampak?

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.