SAMPAI PENIAGA2 GERAI2 KECIL2LAM TEKUN BOLEH MENIAGA DI LITAR LUMBA F1 SEPANG PETROLNAS KITA.

 




Copypaste 👇👇
Peluang berniaga di acara bertaraf dunia seperti Formula 1 mungkin kelihatan jauh bagi peniaga kecil, apatah lagi apabila sewa tapak komersial boleh mencecah ribuan ringgit.
Namun bagi 40 usahawan mikro tempatan di Litar Rasa MADANI, mereka diberi pengecualian sewa tapak dan komisen jualan ketika F1 berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.
Seorang peniaga, Syafika Sarwani, berkongsi rasa syukur selepas berpeluang membawa perniagaan laicikangnya ke dalam kawasan litar.
“Alhamdulillah tak pernah terfikir untuk dapat berniaga percuma di dalam Litar Sepang sempena F1,” tulisnya sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak terlibat, Kerajaan MADANI dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bukan seorang sahaja yang mendapat peluang itu.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengesahkan seramai 40 usahawan mikro menyertai Litar Rasa MADANI di G Hillstand tanpa dikenakan sewa tapak atau komisen jualan. Mereka hanya perlu membayar RM180 untuk lesen perniagaan kepada Majlis Perbandaran Sepang.
Sebagai perbandingan, kadar sewa komersial di kawasan tersebut bagi tiga hari dilaporkan melebihi RM6,000, belum termasuk SST serta komisen 15 peratus daripada jualan kasar.
Khemah, meja, kerusi, peti penyejuk dan kipas turut disediakan supaya peniaga boleh memberi tumpuan kepada stok dan operasi perniagaan.
Hasilnya bukan kecil.
Sepanjang tiga hari, 40 usahawan berkenaan merekodkan jualan keseluruhan sekitar RM555,000, melepasi sasaran awal RM500,000. Ada peniaga yang terpaksa menambah stok beberapa kali kerana sambutan pengunjung.
Menariknya, dua bulan sebelum F1 berlangsung, Anwar sudah menyatakan beliau tidak mahu limpahan ekonomi acara antarabangsa itu hanya dinikmati syarikat, hotel dan restoran besar.
Beliau mahu peniaga kecil turut diberi ruang menjana pendapatan.
F1 datang tiga hari.
Tapi bagi peniaga kecil yang biasanya mungkin hanya berniaga di bazar atau tapak biasa, peluang membawa produk mereka ke pentas antarabangsa boleh membuka pasaran yang jauh lebih besar.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.