Rupanya video yang tular itu bukan cerita Dato’ Shuhaily tiba-tiba marah orang di KLIA.

 




Ahmad Mursi


Rupanya video yang tular itu bukan cerita Dato’ Shuhaily tiba-tiba marah orang di KLIA.

Menurut penjelasan beliau, ketika itu pasukan AKPS sedang menjalankan tindakan terhadap kegiatan “ulat” warga asing selepas menerima aduan mengenai perkara tersebut.
Kebetulan pula, benda yang diadu itu berlaku depan mata.
Seorang warga asing yang disyaki terlibat kemudian ditahan dan dibawa untuk pemeriksaan serta soal siasat.
Tengah pegawai buat kerja, muncul pula dua individu yang bukan sebahagian daripada pasukan operasi dan merakam menggunakan telefon.
Di situlah keadaan mula jadi tegang.
Shuhaily mengakui beliau memberikan amaran keras dan mengarahkan rakaman tersebut diperiksa serta dipadam.
Sebab itu bila tengok potongan CCTV beberapa saat sahaja, memang mudah orang buat macam-macam kesimpulan.
Tetapi mengenai dakwaan berlaku kontak fizikal, Shuhaily sendiri tidak mahu jadi hakim kepada kesnya sendiri. Beliau serahkan kepada polis untuk siasat.
Malah laporan polis turut dibuat supaya bukan sahaja kejadian itu disiasat, tetapi bagaimana rakaman CCTV berkenaan boleh keluar dan tersebar.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.