PRN Melaka: PM Anwar Umum Calon PH Di Stadium Hang Jebat Sabtu Ini

 


Untitled design

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan calon-calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRN Melaka pada 24 Oktober 2026.

MELAKA, 21 Okt – Pakatan Harapan (PH) dijadual mengumumkan calon-calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 Sabtu ini.

Majlis pengumuman calon daripada parti komponen PH iaitu KEADILAN, AMANAH dan DAP akan bermula jam 8.30 malam di pekarangan Stadium Hang Jebat, Krubong.

Menurut sumber, PH akan bertanding di kesemua 28 kerusi DUN dari Kuala Linggi, Masjid Tanah hingga Sungai Rambai di Jasin namun pembahagian kerusi belum dimuktamadkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Hari Landskap Negara (HLN) 2026 di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 7 Ogos 2026. Foto PMO

Menariknya, Barisan Nasional (BN) yang pada awalnya mengumumkan senarai calon pada 28 Oktober, terpaksa mempercepatkan pengumuman itu juga pada 24 Oktober, namun akan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Difahamkan, ia sengaja diawalkan bagi mengganggu momentum majlis pengumuman calon PH setelah Perikatan Nasional (PN) dibatalkan pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) kelmarin yang memaksa BN mengatur semula strategi mereka dan ‘sekutu’.

Pengumuman calon PH dijadual dilakukan Pengerusinya yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dijangka turut dihadiri Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Hari Landskap Negara (HLN) 2026 di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 7 Ogos 2026. Foto PMO

Setelah PN tidak boleh menggunakan logo sendiri, BN difahamkan menyerahkan tujuh kerusi kepada parti komponen iaitu Pas, Wawasan, MIPP, Gerakan dan Pejuang bagi menghadapi PH dengan BN kekal bertanding di kesemua 21 kerusi yang dimenangi pada PRN lalu.

Difahamkan tujuh kerusi sudah dipersetujui untuk ditandingi parti berkenaan, iaitu Bemban (dimenangi Bersatu), Paya Rumput (BN), Ayer Keroh, Banda Hilir, Kota Laksamana, Kesidang (DAP) dan Bukit Katil (Amanah).

BN dijangka mahu merampas kembali DUN Sungai Udang daripada Bersatu dan melepaskan kerusi Paya Rumput kepada parti ‘sekutu’ untuk berhadapan dengan PH diwakili KEADILAN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Hari Landskap Negara (HLN) 2026 di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 7 Ogos 2026. Foto PMO



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.