PM Anwar Ucap Tahniah Buat Low Zi Yu, Genevie Lim Juarai Badminton Remaja Dunia

 


IMG_8465

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada beregu wanita remaja negara, Low Zi Yu dan Genevie Lim pada 18 Oktober 2026. Foto Threads Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada beregu wanita remaja negara, Low Zi Yu dan Genevie Lim susulan kejayaan mereka muncul juara acara beregu perempuan pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2026, di Kaherah, Mesir semalam.

Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri menyifatkan kejayaan itu sebagai pencapaian membanggakan yang mencipta sejarah baharu buat badminton negara.

“Satu pencapaian yang membanggakan! Tahniah Low Zi Yu dan Genevie Lim atas kejayaan muncul juara beregu perempuan di Kejohanan Badminton Remaja Dunia. Satu sejarah baharu buat badminton negara!

Perdana Menteri menyifatkan kejayaan itu sebagai pencapaian membanggakan yang mencipta sejarah baharu buat badminton negara.

“Syabas, teruskan momentum dan harumkan nama Malaysia!” katanya.

Media malam tadi melaporkan, arena badminton negara terus menyinar di peringkat global setelah beregu wanita remaja negara itu melakar sejarah menamatkan penantian 34 tahun Malaysia untuk merangkul kejuaraan sulung pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2026 di Stadium Antarabangsa Kaherah, Mesir.

Bermula dengan persembahan meyakinkan, set pertama menyaksikan mereka menampilkan aksi bertenaga menewaskan gandingan Jepun Nijika Kamata-Shizuku Kashio hingga bertarung tiga set 15-7, 9-15, 15-12.

Lebih manis, kejayaan pasangan beregu itu memecah dominasi China selama ini sejak acara itu mula dipertandingkan pada 1992 selain beregu dari Korea Selatan, Hong Kong dan Denmark gagal menghalang kemaraan jaguh negara itu.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.