BILA KENA ORANG, KENCANG. BILA KENA SENDIRI, SENYAP.
Siasatan segera, audit keselamatan dan tindakan tegas semua itu memang wajar. Apabila nyawa anak-anak menjadi taruhan, tiada siapa patut mempertahankan kelemahan.
Tetapi ada satu soalan yang juga wajar ditanya adakah suara menuntut keadilan hanya perlu kuat apabila kes itu boleh dituding kepada kerajaan?
Kalau begitulah tegasnya Pemuda PAS menuntut keadilan, di mana suara yang sama apabila Wan Ahmad Faris dibunuh kejam?
Di mana suara yang sama apabila anak tahfiz Kelantan sendiri dan keluarganya menuntut keadilan sehingga berdepan tindakan saman terhadap Yayasan Islam Kelantan?
Jangan hanya lantang apabila tragedi boleh dijadikan peluru politik. Kerana kalau benar keadilan itu prinsip, ia tidak boleh bermusim. Tidak boleh memilih mangsa. Tidak boleh berubah mengikut siapa yang berada di pihak yang ditentang.
Keadilan tidak memilih warna parti. Amanah tidak memilih siapa yang bersalah. Dan tragedi anak-anak jangan dijadikan modal politik.
Label Islam tidak mengubah hakikat bahawa parti politik tetap sebuah entiti politik, dengan segala dinamika dan kepentingannya. Sembang kencang bila kena orang.
Bila kena rumah sendiri, tiba-tiba sunyi.
IBNU ALI



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.