PENJELASAN ISU PELATIAN RONGHIYA.

 

Saifuddin Nasution


Isu pelarian bukanlah perkara baharu di negara kita. Sudah berdekad lamanya kita berdepan dengan isu ini dan tentunya ia memerlukan satu pendekatan yang lebih tersusun untuk ditangani secara berterusan.



Seperti yang saya jelaskan di Dewan Rakyat pagi tadi, antara langkah yang sedang kita laksanakan ialah Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bagi memastikan Kerajaan mempunyai maklumat yang lebih lengkap dan tepat mengenai golongan pelarian yang berada di Malaysia.


Kita perlu tahu siapa mereka, di mana mereka berada dan latar belakang mereka. Sebab itu proses pendataan ini turut melibatkan rekod biometrik serta tapisan keselamatan oleh pihak berkuasa.


Bagi tahun 2026, kita menyasarkan sekitar 6,000 pelarian melalui proses ini, sebelum meningkatkan sasaran kepada 20,000 orang pada tahun hadapan.


Apa yang penting, DPP bukan bertujuan menggalakkan kemasukan pelarian baharu, sebaliknya untuk membolehkan kita menguruskan mereka yang sudah berada dalam negara dengan lebih teratur.


Kita tidak boleh terus berdepan dengan isu yang sama tanpa mempunyai data yang lengkap dan hala tuju yang jelas. Data inilah yang akan membantu Kerajaan merangka dasar, memperkukuh penguatkuasaan dan menentukan langkah seterusnya.


Saya kongsikan infografik ini supaya lebih mudah untuk semua memahami apa yang sedang kita usahakan.


#MalaysiaMadani

#YakinMADANI

#KementerianDalamNegeri

#Saifnasution





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.