MESYUARAT MB

 
















Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-150 dengan Belanjawan MADANI 2027 sebagai tumpuan utama dalam kerangka Waad Nasional yang telah saya usulkan semasa membentangkannya. Waad atau ‘covenant’ tersebut mesti berfungsi sebagai wahana yang menuntut kerjasama erat dan padu antara Kerajaan di peringkat pusat dan negeri bagi memastikan pembangunan yang lebih mampan, adil dan seimbang bagi menjelmakan aspek kesejahteraan yang lebih terangkum. 


Dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi global, unjuran pertumbuhan ekonomi negara dan persoalan turun naik harga minyak dunia, Belanjawan ini perlu terus membela rakyat, menangani kos sara hidup serta mengambil kira keutamaan setiap negeri, termasuk aspek keselamatan sempadan, terutamanya di Sabah dan Sarawak.


Penyelarasan perancangan serta peruntukan berdasarkan keperluan sebenar di lapangan di mana tumpuan harus diberikan kepada mutu penyampaian perkhidmatan awam, pembangunan infrastruktur, pengukuhan ekonomi negeri dan pelaksanaan projek yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.


Mesyuarat turut menyentuh kepentingan kriptografi pascakuantum dalam memperkukuh perlindungan data dan sistem digital negara bagi menghadapi perkembangan teknologi serta ancaman keselamatan siber pada masa hadapan.


Berhubung kebimbangan terhadap isu jerebu, Indonesia telah diminta supaya mengambil tindakan segera dan berkesan bagi menangani pembakaran terbuka yang menjadi punca jerebu rentas sempadan selain menjejaskan kesihatan rakyat, khususnya murid dan pelajar, serta mengganggu sesi persekolahan. 


#MalaysiaMADANI

#YakinMADANI

#Belanjawan2027





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.