
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-51 di Putrajaya pada 12 Oktober 2026. Foto PMO
KUALA LUMPUR, 12 Okt – Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri penting bagi memastikan pembangunan negara dirancang secara inklusif, mampan dan menyeluruh demi manfaat rakyat.
Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penekanan itu disuarakan beliau semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-51 di Putrajaya, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan semua pihak berkaitan juga perlu terus menambah baik penyampaian perkhidmatan bagi memperkukuh ekosistem pelaburan serta memudahkan urusan rakyat.
Selain itu, beliau berkata mesyuarat turut meneliti pelbagai perkara berkaitan pembangunan fizikal negara termasuk perancangan guna tanah dan Rancangan Struktur Negeri, selaras dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). – Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.