Kenapa Tentera Malaysia perlukan helikopter 2 enjin bukan 3 enjin ? atau 4 enjin ?
Apa list spesifikasi yang diperlukan sebenarnya ? menurut MINDEF atau cabang ATM ?
Untuk PUTD - Pasukan Udara Tentera Darat, MINDEF tak pernah tetapkan helikopter 3 enjin. Yang ditetapkan ialah minimum 2 enjin turbin.
Ini ada dalam dokumen tender sewaan 4 buah helikopter utiliti sederhana PUTD yang dibuka semula pada 4 Ogos 2025 lepas kontrak Black Hawk lama dibatalkan.
Mengapa 2 enjin, bukan 3 enjin ?
1. Kategori medium-lift, bukan heavy-lift PUTD nak ganti Nuri S-61A-4 yang dilucut tauliah 2019. Nuri pun 2 enjin. Helikopter 3 enjin macam AW101 Merlin itu kategori heavy-lift, MTOW lebih 15,000kg. Terlalu besar untuk operasi infantri di sempadan, hutan dan kawasan terhad.
2. Keselamatan vs Kos 2 enjin sudah cukup untuk konsep one engine inoperative - kalau satu enjin mati, satu lagi boleh bawa balik dengan selamat. Ini standard antarabangsa untuk helikopter tentera. 3 enjin tambah satu lagi lapisan keselamatan tapi kos minyak, alat ganti dan selenggara naik hampir 50%. PUTD nak 14 buah untuk jangka panjang, kos operasi jadi faktor utama.
3. Keseimbangan keupayaan. Menurut bekas Timbalan Menteri Pertahanan dan analisis media pertahanan, apa yang penting bukan bilangan enjin, tapi dua keupayaan wajib : winching dan underslung. Ini untuk angkut meriam 105mm, bekalan, dan buat misi CSAR - Combat Search and Rescue.
Senarai spesifikasi rasmi MINDEF / PUTD untuk tender. Ini petikan terus dari notis tender :
Jenis : Helikopter utiliti kategori sederhana, sewaan 3 hingga 5 tahun secara Performance Based Contract (PBC)
Enjin : Dikuasakan sekurang-kurangnya 2 enjin turbin, dengan sistem FADEC - Full Authority Digital Engine Control dengan manual back-up, lengkap dengan pengesan serpihan enjin (chip detector), APU untuk hidupkan enjin dan sistem ECS
Berat : Maximum Take Off Weight 6,000kg hingga 20,000kg
Muatan : Sekurang-kurangnya 2 kru dan 10 penumpang
Ketahanan : 4 hingga 5 jam penerbangan
Penerbangan : Diperakui untuk penerbangan siang/malam VFR dan berupaya IFR
Ciri tempur wajib : Mampu buat underslung, spie-rig, deck landing dan misi mencari dan menyelamat. Beban underslung mesti mampu bawa sekurang-kurangnya 1,814kg
Landing gear : Jenis boleh lipat dengan mekanisme kecemasan
Sebab itu dalam penilaian, hanya helikopter kelas Black Hawk UH-60 dan H225M / EC725AP yang lepas tapisan winching dan underslung. Kedua-duanya memang 2 enjin.
Calon lain seperti Mi-17V5, Chinook, NH90 memang ada keupayaan sama tapi dari segi logistik, latihan bersama US/Australia dan pengalaman TUDM yang sudah kendali 12 buah EC725AP lebih 30,000 jam, dua model itulah yang paling hampir dengan keperluan sebenar PUTD.
Begitulah yer
Oleh Salman Al Farisy
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.