Ambil contoh paling mudah. Anak Najib, Nooryana Najwa, berkahwin dengan lelaki Kazakh dari Kazakhstan yang beragama Islam. Kalau anak mereka didaftarkan mengikut keturunan ibunya, bolehlah daftar Melayu. Tapi suaminya tetap berketurunan Kazakh. Apa yang susah sangat nak faham?
Itulah sebenarnya yang dijelaskan oleh Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution, dalam jawapan bertulis di Parlimen semalam.
Kalau orang Melayu berkahwin dengan warga asing beragama Islam, anak hasil perkahwinan sah boleh didaftarkan mengikut keturunan ibu atau bapa. Nak ikut keturunan Melayu boleh, nak ikut keturunan pasangan asing pun boleh.
Tapi jangan pula ingat pasangan warga asing itu automatik jadi Melayu selepas kahwin. Keturunan asalnya tetap kekal. Begitu juga status Bumiputera, bukan automatik dapat hanya kerana berkahwin dengan orang Melayu.
Masalahnya, apabila tajuk berita hanya menonjolkan sebahagian daripada penjelasan itu, ramai yang membaca sepintas lalu boleh mendapat gambaran berbeza.
Akhirnya kecoh satu negara, seolah-olah kerajaan baru sahaja memperkenalkan peraturan yang membolehkan warga asing bertukar menjadi Melayu selepas berkahwin.
Sedangkan perkara yang dijelaskan Saifuddin ialah tentang pendaftaran keturunan anak, bukannya menukar keturunan pasangan warga asing.
Lain kali baca sampai habis. Jangan baru tengok tajuk, terus melenting. Yang kahwin orang lain, yang pening satu Malaysia.
#ahmadmursi

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.