KENA INGAT..DIA MUNGKIN ADA STRATEGI NAK JADI ORANG KEWANGAN JIKA PNBN CAPAI KEJAYAAN. BARU NAMPAK DIA CERDIK ANGKA TAK PERNAH MENIPU. TAK KAN PULA TITM NAK ULAS...BI PUN TAK LULUS..

 


Ahmad Mursi



Selama ini bila kerajaan bercakap soal pertumbuhan ekonomi, pelaburan masuk, ringgit mengukuh dan pengangguran rendah, biasanya pembangkang akan cari juga sudut untuk kata semuanya gagal.




Tapi kali ini MP PAS Bachok, Syahir Sulaiman sendiri yang tulis di fb.


Ekonomi Malaysia berkembang 6% pada suku kedua 2026.


Pasaran buruh stabil dengan kadar pengangguran sekitar 3%.


Ringgit pula kekal kukuh walaupun keadaan ekonomi global tidak menentu.


Pelaburan yang diluluskan bagi separuh pertama 2026 pula mencecah RM218.5 bilion.


Kemudian keluar satu ayat yang paling menarik:


“Walaupun pencapaian ini membanggakan...”


Ha, itu dia.


Bukan Menteri Ekonomi yang kata.


Bukan cybertrooper kerajaan yang kata.


MP PAS sendiri mengakui pencapaian ekonomi Malaysia ketika ini membanggakan.


Selepas itu bolehlah beliau sambung kritik kos sara hidup, ruang fiskal atau apa sahaja yang kerajaan masih perlu baiki. Itu memang kerja pembangkang.


Tetapi sekurang-kurangnya sekarang kita sudah ada satu titik persetujuan.


Ekonomi Malaysia bukan sedang runtuh seperti gambaran yang selalu dimainkan.


Malah menurut tulisan pemimpin PAS sendiri, pencapaiannya “membanggakan”.


Kadang-kadang bila angka terlalu jelas, susah juga hendak gaduh dengan realiti.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.