KENA GASAK DENGAN CNBC...DAN MEDIA BARAT..HANG GAGAU LA NAK JAWAB..SETAKAT NI TUN MAHATHIR DAN ANWAR BOLEH BALAS JAWAB..LAIN KELUAR NEGARA PUN TAK SAMPAI JAUH MANA...SO JANGAN PERASAN KUAT ATAU BOLEH HADAP..

 



Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjadi perhatian apabila dilihat membaca teks ketika menyampaikan perbahasan Belanjawan MADANI 2027 di Dewan Rakyat.






Menerusi siaran langsung Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Kemaman itu kelihatan berdiri sambil memegang beberapa helaian kertas dan merujuk teks ketika berucap.


Apa yang menarik, Ahmad Samsuri merupakan antara pemimpin yang sering diketengahkan PAS sebagai tokoh penting dalam kepimpinan parti dan gabungan pembangkang.


Malah, pelantikannya sebagai Pengerusi PN turut meletakkan beliau pada kedudukan yang membawa harapan besar penyokong gabungan tersebut.


Namun, penampilannya ketika perbahasan belanjawan kali ini menimbulkan persoalan tentang gaya kepimpinan yang mahu ditonjolkannya.


Kalau PAS sendiri begitu yakin dengan kehebatan Ahmad Samsuri, sudah tentu ramai mahu melihat bagaimana beliau mengupas isu ekonomi negara dengan hujah yang jelas, bersemangat dan meyakinkan.


Apatah lagi beliau kini bukan sekadar seorang Ahli Parlimen, tetapi Pengerusi kepada gabungan parti pembangkang yang mahu menawarkan kepimpinan alternatif kepada rakyat Malaysia.


Bagaimana mahu menyerlah sebagai pemimpin utama pembangkang jika ketika membahaskan belanjawan negara pun penyampaiannya lebih tertumpu kepada pembacaan teks?


Sudah tentu membaca teks bukan satu kesalahan. Namun, persoalan yang dibangkitkan ialah sejauh mana seorang pemimpin mampu menunjukkan penguasaan isu dan keyakinan ketika menyampaikan pendiriannya di Parlimen.


Bagi seorang pemimpin yang sering diketengahkan sebagai antara wajah utama PAS dan PN, penampilan di Dewan Rakyat merupakan peluang untuk membuktikan kemampuan kepimpinannya.


Akhirnya, kehebatan seseorang pemimpin bukan hanya bergantung pada pujian parti sendiri, tetapi turut dinilai melalui hujah, penguasaan dasar dan kemampuan menyampaikan pandangan kepada rakyat.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.