‘Kemenangan’ Indonesia Di Piala FIFA ASEAN 2026 ‘Tenggelam’ Dek Gemuruh F1 Di Sepang

 

IMG_7453

Putera Mahkota dan Perdana Menteri, Salman bin Hamad Al Khalifa, bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penghargaan kepada juara 2026 Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia, Max Verstappen dari Oracle Red Bull Racing pada 4 Oktober 2026. Foto Bahrain Crown Prince News

PENDAPAT, 7 Okt – Kemenangan ‘bersejarah’ Indonesia menjuarai FIFA ASEAN Cup 2026 pada kejohanan sulung tersebut, selepas menewaskan Thailand 4-2, itu pun melalui sepakan penalti berikutan seri 2-2 sepanjang 120 minit di Stadion Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta, pada 5 Oktober 2026, sepatutnya menjadi tajuk utama media seluruh rantau Asia Tenggara.

Namun entah di mana silapnya, terasa diredupkan oleh liputan meluas dan pujian melangit yang dizahirkan para pelumba serta pasukan Formula 1 sempena Gulf Air Grand Prix Bahrain yang berlangsung sehari lebih awal di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Barangkali disebabkan ‘kecacatan’ pada perlawanan separuh akhir antara Indonesia dan Bangladesh yang berkesudahan 9-2 namun tambahan masa tujuh minit secara tiba-tiba, membuatkan para peminat bola sepak mempersoalkan integriti penganjur kejohanan termasuklah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Mungkin punca berkenaan menjadikan perlawanan akhir terus tenggelam dengan spekulasi liar bahawa tuan rumah akan ‘berbuat apa sahaja’ demi memastikan kejuaraan milik mereka, tanpa mengira soal moral atau maruah negara mereka sendiri.

Itulah yang berlaku pada Isnin, dan seakan ‘kebetulan’ pula, perhatian media serantau dan antarabangsa lebih tertumpu kepada kehebatan teknikal serta drama lapan pusingan F1 di Sepang, perlumbaan pertama kembali ke litar tersebut sejak 2017.

Kehangatan mula dirasai seluruh rakyat Malaysia terutama dengan pujian pelumba terhadap segenap aspek penganjuran serta semangat patriotik rakyat Malaysia turut mendominasi tajuk utama media sukan antarabangsa dari serata dunia.

Daripada Mercedes-AMG-PETRONAS hinggalah Aston Martin Racing, kesemua mereka memaparkan pelbagai citra semula jadi Malaysia yang memukau perhatian warganet dengan latar Menara Berkembar Petronas KLCC hinggalah ke peniaga Jalan Alor, Bukit Bintang, semuanya padat dengan kekuatan sebenar Malaysia walaupun dihuni pelbagai kaum dan agama.

Fenomena ini mencerminkan realiti hierarki sukan global, di mana F1 sebagai sukan bertaraf dunia dengan penonton berbilion menerusi siaran langsung serta pendedahan jenama global, secara spontan menarik liputan lebih meluas berbanding kejohanan bola sepak serantau yang masih membina identiti dan pengiktirafan antarabangsa.

Lihat sahaja situasi santai beberapa pelumba bercuti di Langkawi sebaik menamatkan tugasan di Baku, Azerbaijan yang memulakan sorotan media dan pasukan masing-masing tentang keindahan Malaysia yang selama ini ‘ditinggalkan’ sejak sembilan tahun lalu.

Biarpun ia sekadar perkongsian di media sosial, tiba-tiba pasukan bertanding berlumba-lumba pula menyiarkan keunikan Malaysia sekitar Kuala Lumpur dan Sepang hingga ke Sepang Gold Coast yang pada pandangan mereka, amat rugi untuk dilepaskan begitu sahaja.

Kehadiran para pembesar bertaraf ketua negara seperti Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan tentunya Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, semuanya menjadikan keterujaan luar biasa melihat kembalinya Sepang walaupun cuma lokasi pengganti bagi Sakhir.

Menarik juga untuk kita perhatikan hubungan diplomatik Malaysia–Brunei dan cara PMX membawa diri dengan pemimpin luar, memang turut mencuri tumpuan.

PMX tarik tangan Mokhzani Mahathir waktu Mokhzani nak undur ke belakang sebab protokol dengan kerabat diraja, tapi PMX tarik Mokhzani and introduce, mungkin mengingati jasa ayah Mokhzani tentang Sepang ketika Tun Mahathir dan Anwar bergandingan dahulu.

Inilah antara skill diplomatik Anwar Ibrahim yang disukai semua, dari raja hinggalah rakyat biasa tanpa mengira sangat protokol yang perlu dilaluinya.

Dengan orang bawahan dia boleh masuk, dengan rakyat dia boleh sembang, dengan tokoh korporat dia boleh berbincang, dengan Istana dia tahu adat dan protokol, dengan pemimpin luar pula dia pandai menyesuaikan suasana.

Jadi, berbaloi lagikah nak cerita kemenangan ‘palsu’ Indonesia tanpa nilai, tanpa moral dan tanpa dipedulikan tetangga sendiri?





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.