Salah satu pencapaian ekonomi terhebat dalam sejarah Malaysia adalah kejayaan kita mengurangkan kadar kemiskinan secara signifikan.
Ketika Malaysia merdeka pada tahun 1957, kadar kemiskinan kita berada pada paras lebih kurang 60%. Lebih separuh daripada jumlah rakyat Malaysia adalah miskin.
Pada tahun 1995, iaitu 38 tahun kemudian, kita berjaya menurunkan kadar kemiskinan itu ke bawah 10%.
Malah, kita berjaya melakukannya tanpa mencetus setinggan besar-besaran di ibu kota atau bandar-bandar utama.
Setinggan atau "slum" lazimnya menjadi sinonim dengan negara-negara membangun kerana apabila sesebuah negara membangun, selalunya bandar menjadi maju terlebih dahulu. Lalu, ianya mengakibatkan penghijrahan secara besar-besaran dari kampung/desa ke kota.
Setinggan atau “slum” berlaku apabila penghijrahan besar-besaran berlaku tetapi kota tidak mampu menampung kepadatan secara mendadak itu.
Orang kampung ramai-ramai ke kota, tetapi tidak mampu beli atau sewa rumah. Atau, kota tidak mempunyai pembangunan mencukupi untuk menampung bilangan orang yang tiba secara mendadak.
Setinggan atau “slum” telah berlaku di kebanyakan negara-negara membangun khususnya di benua Afrika dan benua Asia.
Tetapi ianya tidak berlaku di Malaysia. Malaysia tidak pernah mempunyai setinggan secara besar-besaran.
Kejayaan ini sebenarnya diakui oleh pakar-pakar ekonomi dunia termasuk Bank Dunia.
Untuk memahami betapa signifikan kejayaan Malaysia, kita cuma perlu lihat pada beberapa negara jiran seperti Indonesia, Filipina & Thailand.
INDONESIA (berlaku setinggan besar-besaran)
• Merdeka pada tahun 1945.
• Berjaya menurunkan kadar kemiskinan ke bawah 10% pada tahun 2018.
• Telah mengambil masa 58 tahun (20 tahun lebih lama berbanding Malaysia)
FILIPINA (berlaku setinggan besar-besaran)
• Menjadi merdeka pada tahun 1947
• Berjaya menurunkan kadar kemiskinan ke bawah 10% pada tahun 2025
• Telah mengambil masa 78 tahun (40 tahun lebih lama berbanding Malaysia)
THAILAND (berlaku setinggan)
• Tidak pernah dijajah
• Berjaya menurunkan kadar kemiskinan ke bawah 10% pada tahun 2018 (70 tahun lebih lama berbanding Malaysia)
Bahkan China, suatu keajaiban dunia yang berjaya mengeluarkan 1 bilion manusia daripada kepompong kemiskinan pun memerlukan masa lebih setengah abad.
Maka dalam bab mengangkat rakyat keluar daripada kepompong kemiskinan, memang kita top di rantau ini kalau bukan di dunia.
Ini kejayaan sejarah ekonomi Malaysia yang kita harus tahu, berasa bangga dan hargai.
Akan tetapi......
Di antara tahun 1992 sehingga tahun 2026, 34 tahun telah berlalu.
Sepatutnya, selepas keluar daripada kepompong kemiskinan, negara terus berkembang ke arah negara berpendapatan tinggi seperti Singapura, Korea Selatan, Jepun.
Negara China adalah contoh terbaik bagaimana suatu peralihan segera telah berjaya dilakukan. Rakyat China yang dahulunya miskin telah dikeluarkan daripada kepompong kemiskinan. Lalu, peralihan ke negara berpendapatan tinggi telah disegerakan dan China yang kita kenali pada hari ini merupakan negara berpendapatan tinggi.
Walaupun kita mempunyai headstart sejak 1990an apabila majoriti besar rakyat Malaysia berjaya dikeluarkan daripada kepompong kemiskinan, kita masih terperangkap di situ sahaja.
34 tahun telah berlalu sejak tahun 2004.
34 tahun Malaysia masih terperangkap dalam “middle income trap”.
34 tahun kita masih gagal beralih ke status negara pendapatan tinggi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.