KEH KEH KETUA PEMUDA DSN PUTERI SAMA BENGAP.






 Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi menjadi sasaran kritikan netizen selepas mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan susulan kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Yong Peng.


Nurul Amal bertanya di Threads:


“Apa tindakan KPM? Sampai langsung tak ada orang tengok ke masa berlaku?”


Seorang netizen membalas secara mudah:


“Kalau orang tengok masa berlaku… takkan berlaku la benda tu.”


Ada juga yang mengingatkan bahawa jenayah lazimnya tidak dilakukan secara terbuka di hadapan orang ramai.


Pengacara Amin Idris turut membalas kenyataan itu dengan berkata:


“Puan, ini common sense. Mana ada jenayah berlaku depan orang ramai.”


Beliau berkata mungkin apa yang dimaksudkan Nurul Amal ialah sama ada terdapat petugas keselamatan ketika kejadian, namun meminta supaya sentimen politik tidak mengatasi pertimbangan dalam membincangkan tragedi berkenaan.


Seorang lagi netizen pula menyindir:


“Apa tindakan Puteri UMNO? Di mana Puteri UMNO masa budak tu kena bunuh?”


Nurul Amal sememangnya Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia ketika ini. 


Kes berkenaan masih dalam siasatan polis.


Sebab itu ramai netizen meminta semua pihak memberi ruang kepada pihak berkuasa menentukan apa sebenarnya berlaku, bukannya terus membuat kesimpulan berdasarkan andaian.


Soal keselamatan sekolah dan tindakan KPM memang boleh ditanya.


Tetapi persoalan “kenapa tak ada orang tengok masa berlaku” itulah yang menyebabkan ramai netizen garu kepala.


Sebab seperti kata seorang pengguna:


Kalau memang ada orang nampak dan sempat menghalang, mungkin tragedi itu tidak berlaku seperti yang berlaku.


#unofficialinfo





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.