Dulu berani bagi AGC tempoh 2 hari. Sekarang nak minta AGC gugurkan pertuduhan terhadap diri sendiri pula. FUIYOOO! 🤣🤣
Ingat lagi kisah Jalur Gemilang terbalik tahun lalu?
Akmal Salleh beri kata dua kepada Jabatan Peguam Negara supaya mengambil tindakan terhadap pemilik premis. Kalau tiada tindakan dalam dua hari, dia kata akan turun 'ajar' pemilik premis memasang bendera.
Kenyataan dalam video Facebook itu membawa kepada pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana didakwa boleh menyebabkan kegentaran awam.
Pada 26 Oktober, representasi peguam Akmal untuk menggugurkan pertuduhan ditolak. Akmal mengaku tidak bersalah dan belum disabitkan.
Tak salah mempertahankan Jalur Gemilang. Tetapi semangat patriotik bukan lesen untuk bertindak mengikut kepala sendiri. Undang-undang bukan ikut siapa paling kuat suara. 🤣
#AhmadMursi #AkmalSalleh #JalurGemilang #UMNO

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.