Jet mahal + taktik lama + rangkaian tidak lengkap = boleh kalah

 







Jet mahal + taktik lama + rangkaian tidak lengkap = boleh kalah

💥
Perang India - Pakistan dah jadi bukti jelas.
FPDA punya latihan beri tak bantuan AEW&C pada pesawat-pesawat rakan ?
Ya, beri ✅ Malah itu salah satu nilai utama latihan FPDA sekarang.
Dalam FPDA kita ada dua latihan udara utama : Bersama Shield dan Bersama Lima. Kedua-dua ini memang direka sebagai latihan peperangan udara dan maritim bersepadu, bukan dogfight satu lawan satu saja.
Siapa jadi mata dan otak ?
Dalam latihan tersebut, pesawat pejuang rakan-rakan memang disokong oleh pesawat AEW&C.
1. Australia - E-7A Wedgetail = Ini tulang belakang AEW&C untuk FPDA. Australia kerap hantar E-7A Wedgetail AEW&C untuk latihan ini. Rekod lama pun tunjuk Bersama Shield 2012 memang termasuk RAAF E-7A Wedgetail.
2. Singapura - G550 CAEW = Singapura pula ada 4 buah Gulfstream G550 AEW. Bila latihan dibuat di Singapura atau di kawasan Selatan Laut China Selatan, mereka yang ambil alih peranan kawalan udara.
Malaysia, UK dan New Zealand memang tidak ada atau tidak bawa aset AEW&C kekal, jadi tumpang keupayaan dua negara itu.
Apa yang di buat semasa simulasi lawan musuh ?
Bila simulasi musuh datang, Wedgetail atau G550 jadi mata jauh, ia buat 3 benda kritikal yang boleh buat musuh hancur.
Nampak dulu, jauh dulu. Radar dia boleh nampak pesawat musuh dari 400km lebih. Jet pejuang kita macam Su-30MKM, F/A-18D atau F-16 Singapura boleh terbang dalam mod senyap, tidak perlu buka radar, jadi musuh tak boleh kesan.
Jadi pengawal trafik perang. Dia yang arahkan, siapa patah balik, siapa naik tinggi, siapa tembak, siapa kepung. Juruterbang tidak perlu cari musuh sendiri, dia cuma ikut arahan dari AEW&C. Ini dipanggil fighter control.
Kongsi gambar udara melalui Data Link. Maklumat sasaran dari AEW&C terus dihantar ke kokpit semua jet rakan melalui Link 16. Jadi semua orang nampak gambar yang sama. Ini sistem lawan sistem. Cuma sistem siapa lebih superior, bukan lagi pasal jet semata-mata.
Sebab itu bagi TUDM, latihan FPDA ini sangat bernilai. Kita tiada AEW&C sendiri, tapi melalui FPDA kita dapat belajar dan berlatih bagaimana hendak berperang di bawah payung AEW&C, dengan peluru jarak jauh BVR, sama seperti doktrin perang moden sekarang yang dah jauh berubah.
Jadi kalau paltformnya cuma FA-50M Block 20, hanya LCA pun, tapi kalau guna sistem tadi 👆 pesawat-pesawat musuh tu kena fikir banyak kali kalau nak buat onar...
Ini hanya contoh aset FPDA, dan sistem tidak semestinya perlu guna AEW&C sahaja, kalau faham terjemahan EW tu tadi ia boleh jadi pelbagai platform. Ini namanya taktik. Taktik ini yang jadi rahsia, musuh takkan tahu.
Begitulah yer
Oleh Salman Al Farisy
Photo contoh sahaja

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.