Jelas. Tegas. Tak perlu berbelit.

 





Tahun 2017, masa PAS berdepan isu pemecatan Exco di Selangor sebab perpecahan Pakatan Rakyat, Takiyuddin Hassan sendiri menegaskan bahawa hanya Sultan Selangor mempunyai kuasa untuk memecat Exco.

Katanya, Exco PAS dilantik dan menjalankan tugas atas perkenan Sultan Selangor.
Jelas. Tegas. Tak perlu berbelit.
Tapi masuk tahun 2026, apabila timbul isu pemecatan 10 Exco Negeri Sembilan oleh Tuanku Muhriz, tiba-tiba Takiyuddin mempersoalkan asas Perlembagaan yang digunakan.
Eh, pelik juga ni. 😂
Dulu bila kena batang hidung sendiri, pandai pula berhujah tentang kuasa Raja. Sekarang bila melibatkan pihak lain, sibuk pula nak pertikaikan asas keputusan.
Memanglah Selangor dan Negeri Sembilan mempunyai peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri masing-masing. Sebab itu, kedua-dua kes tidak semestinya sama dari sudut perundangan.
Tetapi yang menariknya ialah perbezaan pendekatan Takiyuddin terhadap kuasa Raja dalam dua keadaan politik yang berbeza.
Tahun 2017, beliau mempertahankan kedudukan Sultan.
Tahun 2026, beliau menuntut penjelasan tentang asas keputusan melibatkan Tuanku Muhriz.
Persoalannya, adakah pendirian ini berubah kerana perbezaan undang-undang, atau kerana kedudukan politik PAS sudah berubah?
Kalau benar prinsipnya sama, jelaskanlah perbezaan undang-undang itu kepada rakyat.
Jangan sampai rakyat nampak prinsip politik PAS ni macam suis lampu.
Bila menguntungkan PAS, ON.
Bila tak menguntungkan PAS, OFF.
Prinsip sepatutnya kekal walaupun kepentingan politik berubah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.