Ingatkan dah boleh mula kemas barang nak keluar Penjara Kajang. Rupanya ada satu lagi kes yang belum selesai!
Hari ini Najib gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion bagi kes 1MDB.
Ceritanya begini.
Bulan September lalu, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan Najib menjalani baki hukuman kes SRC secara tahanan rumah sehingga Ogos 2028. Syaratnya, kena bayar denda RM50 juta.
Peguam Najib sebelum ini pun ada sebut, kalau RM50 juta dibayar dan mahkamah benarkan hukuman 1MDB ditangguhkan, Najib mungkin boleh keluar dari Penjara Kajang seawal 14 Oktober.
Hari ini dah 14 Oktober. Mahkamah pula tak benarkan hukuman kes 1MDB itu ditangguhkan.
Haa, sekarang timbul masalah!
Bayar RM50 juta pun belum tentu boleh balik rumah. Sebab hukuman penjara 15 tahun kes 1MDB masih menunggu selepas hukuman SRC tamat pada 2028.
Belum masuk cerita denda RM11.4 bilion lagi.
Mudah cerita, pengampunan bersyarat itu melibatkan kes SRC. Kes 1MDB pula cerita lain. Sabitan dan hukuman masih berkuat kuasa sementara proses rayuan berjalan.
Bukanlah maknanya Najib dah tak ada peluang langsung. Rayuan masih boleh diteruskan.
Cuma kalau ingat bayar RM50 juta terus boleh angkat beg balik Langgak Duta, nampaknya tak semudah itu.
Nak keluar Penjara Kajang ada syarat. Nak tangguh hukuman 1MDB pula mahkamah tak bagi.
Itulah, satu kes belum habis, satu lagi dah menunggu giliran.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.