HAMZAH ZAINUDDIN NAK MUSNAHKAN APA YANG PMX BINA?

 




—-
Kenyataan Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat:
“Segala yang baik akan kita ambil dan kita musnahkan segalanya!”
Musnahkan segalanya?
—
Apa yang PMX bina?
Ekonomi negara semakin kukuh. Indeks daya saing Malaysia melonjak dalam tempoh singkat. Korang sedar ke tak pencapaian ni?
Apa lagi PMX bina?
Ekonomi berkembang pesat, dalam keadaan inflasi kekal rendah dan stabil.
Mana-mana economist tahu, ini pencapaian yang membanggakan. YB Syahir sendiri pernah mengakuinya.
Sebab ini fakta. Bukan persepsi politik.
Ringgit pun mengukuh ketara. Pernah muncul antara mata wang terbaik di dunia.
Dan yang satu ni, takkan Hamzah pun nak musnahkan?
Sistem eCOSS!
Sistem untuk membanteras ketirisan minyak masak paket bersubsidi. Bertahun-tahun rakyat susah nak dapat, sedangkan subsidi kerajaan tetap dibayar.
Sekarang pengedaran dipantau lebih ketat. Subsidi rakyat mesti sampai kepada rakyat. Bukan bocor di tengah jalan!
Apa lagi PMX bina?
Kepimpinan Malaysia yang semakin menyerlah di pentas global.
Tok Mat sendiri mengakui kelantangan PMX memperjuangkan isu kemanusiaan dan Palestin.
—-
Kadang-kadang saya pelik.
Ekonomi baik. Inflasi terkawal. Ringgit mengukuh. Ketirisan subsidi diperangi. Suara Malaysia lantang di pentas dunia.
Tak sempurna, tapi banyak yang semakin baik.
Jadi, apa sebenarnya yang Hamzah nak musnahkan?
Kalau ada dasar lebih baik, bentangkan. Kalau ada kelemahan, perbaiki.
Jangan sampai kerana persaingan politik, pencapaian negara pun mahu dinafikan.
Nak bina negara ambil masa. Nak runtuhkan, sekelip mata!
Rakyat yang tentukan.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.