GO SOLO LAH...BUKAN TAK BIASA JADI PEMBANGKANG.

 

PRN Melaka: Perbincangan Calon PH Selesai 95 Peratus – Fahmi

IMG_8164

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil ketika hadir sebagai tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk "Belanjawan 2027: Memperkasa Komunikasi, Memacu Ekonomi Jingga" di Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2026.

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Perbincangan mengenai senarai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah mencapai lebih 95 peratus, kata Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi, berkata pengumuman calon PH dijadualkan pada 24 Oktober ini dengan lokasi akan diumumkan kemudian.

“Insya-Allah, calon-calon yang akan mewakili Pakatan Harapan akan diumumkan pada 24 Oktober ini. Perbincangan di peringkat parti setakat ini, saya kira telah lebih 90 hingga 95 peratus selesai,” katanya ketika hadir sebagai tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk “Belanjawan 2027: Memperkasa Komunikasi, Memacu Ekonomi Jingga” di sini, hari ini.

Beliau berkata, perbincangan senarai calon dimulakan di peringkat parti komponen PH sebelum parti yang bertanding di sesuatu kerusi boleh mengadakan rundingan dengan pihak lain, sekiranya perlu.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil ketika hadir sebagai tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk “Belanjawan 2027: Memperkasa Komunikasi, Memacu Ekonomi Jingga” di Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2026.

“Sekiranya mana-mana parti yang telah diberikan amanah untuk bertanding di sesuatu kerusi melihat ada kewajaran untuk berbincang dengan pihak lain, perkara itu terpulang kepada parti berkenaan, dan akhirnya keputusan muktamad akan dibuat di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata tarikh pengumuman calon yang pada asalnya dijadualkan hari ini dipinda kepada 24 Oktober atas permintaan kepimpinan PH Melaka.

Beliau berkata perubahan tarikh itu bukan disebabkan masalah permit daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) mahupun isu lokasi program.

“Tidak… tarikh itu diubah dan diselaraskan semula atas permintaan beberapa pemimpin termasuk rakan-rakan Pakatan Harapan di negeri Melaka.

“Jadi, kita selaraskan semula dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Pengerusi Pakatan Harapan dijangka hadir pada 24 Oktober,” katanya.

Penamaan calon bagi PRN Melaka akan diadakan pada 31 Oktober melibatkan sebanyak 28 kerusi DUN di enam buah parlimen seluruh negeri itu. – Bernama





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.