BACKUP APEK SIAL TU BOLEH LAK YA..

 



Tindakan Senator PAS, Nik Mohamad Abduh yang tampil mempertahankan hantaran media sosial Eric See-To (juga dikenali sebagai Lim Sian See) berhubung isu perkataan 'Lighad' dan 'Liwat' kini mencetuskan persoalan serta kemarahan dalam kalangan warganet.  



Kontroversi bermula apabila tangkap layar tular memaparkan komen Eric See-To yang menyebut, "Yang saya tengok ialah ada 'Lighad' yang saya langsung tak tahu apa itu. Tapi tak ada 'Liwat' pula". Susulan hantaran tersebut, ramai pihak menyuarakan kemarahan kerana tindakan itu dilihat cuba mengaitkan sensitiviti ayat suci Al-Quran berhubung perkataan 'Lighad-Liwat'.  


Walau bagaimanapun, keadaan menjadi lebih panas apabila Nik Mohamad Abduh tampil meninggalkan komen balas yang secara terang-terangan membela penganalisis politik tersebut dengan berkata, "Eric, anda tidak salah".  


Beliau turut menambah bahawa situasi tersebut hanyalah "salah faham akibat perangkap ceplos" dan menggalakkan Eric dengan kata-kata, "Teruskan memburu...".  


Tindakan Senator PAS yang seolah-olah 'menghalalkan' kenyataan Lim Sian See itu mengundang kritikan hebat. Ramai yang mempertikaikan mengapa seorang tokoh agama sanggup 'membongkok' dan menyokong kenyataan sedemikian ketika orang ramai sedang mempertahankan kesucian agama berhubung isu berkenaan. (Foto: saiful nizam)




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.