Kepimpinan yg sentiasa meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan mutlak dlm stiap dasar ekonomi negara.
Apa yang rakyat harapkan daripada Belanjawan 2027, dan bagaimana kita pastikan ia benar-benar menjawab keperluan mereka?
Saya menghadiri sesi taklimat Belanjawan 2027 bersama YAB Perdana Menteri dan rakan-rakan yang terlibat dalam persediaannya.
Bila bercakap tentang Belanjawan, akhirnya rakyat mahu tahu satu perkara: apa maknanya kepada kehidupan mereka?
Adakah beban belanja dapat diringankan? Pendapatan boleh meningkat? Lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan? Anak-anak mendapat pendidikan dan peluang masa depan yang lebih baik?
Ekonomi negara mesti terus berkembang. Tetapi pada masa yang sama, pertumbuhan itu perlu sampai kepada rakyat. Sebab itu setiap peruntukan perlu diterjemahkan kepada hasil yang rakyat boleh nampak dan rasai. Itulah ukuran yang paling penting.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.