
Najib dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion terhadap empat tuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 tuduhan pengubahan wang haram pada 26 Disember 2025.
KUALA LUMPUR, 14 Okt – Usaha bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion bersabit kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menemui kegagalan paling memedihkan hari ini.
Hakim Mahkamah Tinggi, Noor Ruwena Md. Nurdin membuat keputusan berkenaan selepas menolak permohonan bekas Presiden Umno itu pada proses prosiding pendengaran rayuan hari ini.
Permohonan penangguhan itu difailkan Najib, 73, kononnya sementara menunggu rayuan berhubung sabitan dan hukuman berkenaan didengar serta diputuskan di Mahkamah Rayuan.

Pada 26 Disember 2025, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda berjumlah RM11,387,888,067.05 atas kesemua 25 pertuduhan membabitkan penyelewengan dana 1MDB.
Jika gagal membayar denda tersebut, hukuman penjara Najib boleh ditambah 10 tahun lagi bagi setiap pertuduhan itu.
Hukuman penjara itu juga diperintahkan berjalan sebaik sahaja tamat tempoh pemenjaraan bagi kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd.

Skandal berkenaan menggemparkan seluruh dunia pada 2015 apabila Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat bersama Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) merampas aset dan wang tunai berbilion di lebih lapan buah negara mengakibatkan kerugian lebih AS$15 bilion (RM63 bilion).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.