- PONG PANG PONG PANG LAKSAKAN MENIFESTO DALAM KEMPEN PILIHANRAYA.
Satu hantaran PU Syed mengenai isu judi mencuri perhatian apabila beliau mempersoalkan cadangan supaya PAS memasukkan pengharaman judi dalam manifesto pilihan raya.
Dalam hantaran tersebut, PU Syed berkata hukum judi sudah jelas haram dalam Islam dan bukan perkara baharu.
“Sampai nak minta PAS masukkan pengharaman judi dalam manifesto pilihan raya.
“Sedangkan hukum judi itu sudah jelas haram dan bukan perkara baharu. Takkan manifesto politik pula yang nak menentukan apa yang memang telah diharamkan oleh syarak?” tulisnya.
Persoalannya, hantaran itu ditujukan kepada siapa?
Ini kerana sebelum ini Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr MAZA mencabar parti politik yang lantang mahu menghapuskan judi supaya berani memasukkan dalam manifesto janji untuk tidak membenarkan judi dan arak kepada bukan Islam sekiranya berjaya membentuk kerajaan Persekutuan.
Kalau hantaran PU Syed itu merujuk kepada cabaran tersebut, nampaknya isu yang dijawab sudah pergi jauh ke tempat lain.
Dr MAZA bukan mempersoalkan sama ada judi haram kepada umat Islam.
Bab itu memang jelas dan tak perlu manifesto politik untuk menentukan hukumnya.
Yang dicabar ialah keberanian parti politik menjadikan pengharaman judi dan arak kepada bukan Islam sebagai dasar kerajaan.
Itu dua perkara berbeza.
Seorang netizen turut menegur perkara sama di ruangan komen PU Syed.
Menurutnya, kalau benar mahu menutup perjudian, masukkan dalam manifesto janji untuk menutup semua pusat judi di Malaysia.
“Kalau bab hukum haram memang haram untuk orang Islam, orang tahu belaka,” tulisnya.
Mudah cerita, orang Islam memang tak perlukan manifesto PAS untuk tahu judi itu haram.
Soalan Dr MAZA ialah lain.
Kalau PAS mahu membawa naratif menghapuskan judi, berani tak beritahu seluruh Malaysia sebelum pilihan raya bahawa apabila mendapat kuasa, judi akan diharamkan termasuk kepada bukan Islam?
Kalau berani, tulis dalam manifesto.
Biar pengundi Melayu baca.
Pengundi Cina baca.
Pengundi India baca.
Semua boleh buat keputusan dengan jelas sebelum mengundi.
Sebab itu kalau hantaran PU Syed memang ditujukan kepada Mufti Perlis, memang jauh sangat pusingnya ustaz.
Orang tanya berani tak haramkan judi untuk bukan Islam.
Kita jawab pula orang Islam memang dah tahu judi haram.
Soalan lain, jawapan lain.


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.