The Man Behind the Banking Group and TH RCI













 Wan Amirul Hafiz

 
The Man Behind the Banking Group and TH RCI
Tan Sri Dato' Abdul Rashid bin Hussain ialah pengasas Kumpulan RHB. Beliau mengahwini anak perempuan kepada Tan Sri Robert Kuok. Rashid Hussain merupakan anak lelaki bongsu kepada seorang lelaki kelahiran Pulau Pinang Mohammed Hussain, yang kemudian berpindah ke Singapura dan membangunkan perniagaan yang berjaya di sana. Ibu beliau berketurunan Melayu dan Arab.
Rashid Hussain merupakan salah seorang usahawan paling berjaya dari Malaysia. Dalam tempoh kurang daripada satu dekad, beliau berjaya membina konglomerat perkhidmatan kewangan yang terdiri daripada firma bursa saham, bank komersial, syarikat kewangan dan bank perdagangan - RHB Bank. Beliau memulakan khidmat kerjaya kewangan beliau pada tahun 1971 bersama Strauss Turnbull di Britain dan kembali ke Malaysia pada tahun 1975 bagi bekerja dengan Bumiputra Merchant Bankers Bhd. Beliau kemudian meninggalkan Bumiputra Merchant Bankers pada tahun 1983 untuk menubuhkan Rashid Hussain Securities. Di bawah kepimpinan beliau, RHB Securities menjadi salah satu broker saham terbaik di Malaysia.
Rashid Hussain pernah menjadi Pengerusi, Putrajaya Holdings Sdn Bhd dari 1995 sehingga 2000 dan juga pernah menjadi ahli lembaga dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Khazanah Nasional Berhad dari 1994 sehingga 1998.
Tan Sri telah membina Masjid Sri Sendayan yang menelan kos pembinaan melebihi RM100 juta. Dibina di atas tanah seluas 4.5 hektar dan mampu memuatkan sehingga 5,000 jemaah. Masjid ini menampilkan rekaan indah yang mendapat tarikan ramai serta sering disamakan dengan kehalusan seni bina Taj Mahal dan Masjid Nabawi. Masjid Sri Sendayan diiktiraf di peringkat antarabangsa dan telah memenangi anugerah masjid terbaik dunia pada tahun 2026.
Tan Sri Rashid Hussain adalah panel RCI Tabung Haji ditubuhkan untuk menyiasat isu pengurusan dan kedudukan kewangan TH bagi tempoh tahun 2014 hingga 2020. Hasil siasatan suruhanjaya mendapati TH sebelum ini telah menyembunyikan kedudukan kewangan sebenar, termasuk mengisytiharkan keuntungan RM3.4 bilion pada tahun 2017 sedangkan institusi itu sepatutnya mencatatkan kerugian bersih RM1.4 bilion di bawah piawaian perakaunan yang betul.
Selain memiliki empayar perniagaan yang besar, Tan Sri Rashid Hussain memilih untuk mempengerusikan Lembaga Tabung Haji demi membawa TH ke puncak semula. Pada masa yang sama juga beliau merupakan Presiden Ke-10 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.