Kes saman fitnah difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Datuk Awang Solahuddin Hashim, diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini selepas Ahli Parlimen Pendang itu menarik semula kenyataan fitnah terhadap Perdana Menteri.
Peguam Datuk SN Nair yang mewakili Anwar selaku plaintif, memaklumkan kepada Hakim Roslan Mat Nor bahawa kes itu telah diselesaikan dengan persetujuan pihak-pihak terhadap terma yang dipersetujui.
Masih ingat tak lagi pada Februari 2023, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim ada mengeluarkan kenyataan di lobi Parlimen yang kemudiannya menjadi asas saman fitnah Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim?
Dalam saman tersebut, Anwar mendakwa kenyataan berkenaan antara lain membawa maksud beliau menyalahgunakan kedudukan sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan mencampuri agensi penguatkuasaan serta pendakwaan bagi mencapai agenda politik peribadi.
Anwar pada ketika itu tidak terus bertindak membawa perkara tersebut ke mahkamah, namun terlebih dahulu mengemukakan tuntutan supaya kenyataan berkenaan ditarik balik dan permohonan maaf oleh Awang dibuat.
Pertikaian itu bagaimanapun berterusan sehingga Anwar memfailkan saman pada 3 Mac 2023 dan Awang juga selepas itu ada menggelarkan Anwar sebagai 'bapa saman negara' ketika berucap di Dewan Rakyat.
#Saman
#Fitnah
#Pmx

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.